This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

10 January 2012

Wenger : Henry Masih Berbisa

Percaturan Arsene Wenger menandatangani Thierry Henry semula secara pinjaman jangka pendek nampak seperti membuahkan hasil.

Penyerang hebat yang pernah menjulang beberapa piala bersama Arsenal itu membuat kemunculan semula bersama The Gunners, menjaringkan 1 gol ketika menewaskan Leeds dalam pertemuan Piala FA pusingan keempat.

Henry yang masuk ke padang pada separuh masa kedua, menjaringkan gol selepas 10 minit bermain. Menerima hantaran lintang dari Alex Song, seterusnya merembat ke gawang Leeds dengan tenang menewaskan Andy Lonergan.

Arsene Wenger menyatakan, Henry masih lagi seorang penyerang yang berbisa seperti dulu. Fizikal yang baik dan penyudah yang tajam. Kehadirannya sangat baik, secara tidak langsung memberikan motivasi kepada pemain muda untuk cemerlang seperti dirinya.

09 January 2012

Man Utd : Scholes Kembali

Pemain bertaraf lagenda di Old Trafford, Paul Scholes, membuat kemunculan semula dan keluar dari persaraan pada pertemuan setempat Manchester United dan Manchester City dalam perlawanan Piala FA. United menang dengan keputusan 3-2

Pengurus United, Sir Alex Ferguson percaya tiada yang kurang dalam diri Scholes walaupun telah melupakan bola sepak buat seketika.

Khabar angin mengatakan Scholes akan kembali bermain di Old Trafford telah bermula minggu lepas. Dia kelihatan berlatih di padang latihan Carington bersama pasukan simpanan dan juga di gimnasium.

Scholes sendiri telah berjumpa Ferguson dan menyatakan sesalan kerana membuat keputusan untuk bersara. Scholes akan menyertai United dalam jangka masa pendek sehingga ke penghujung musim ini. Dengan kembali Scholes dalam pasukan utama, ianya sedikit sebanyak dapat membantu bahagian tengah yang mempunyai ramai pemain yang cedera.

Diharapkan Scholes tidak akan mengutip sebarang kad merah dengan bentesan yang keras darinya.

06 January 2012

Chelsea : Pemain Yang Munkin Pergi

Beberapa pemain senior yang bakal meninggalkan Chelsea dalam bulan ini.

Alex - dia telah dilarang dari menyertai latihan pasukan utama bersama-sama Anelka. Kedua-duanya telah memohon untuk meninggalkan The Blues. Anelka sudah menandatangani kontrak bersama pasukan baru dari China, Shanghai Shenhua. Kelab yang dikaitkan dengan Alex ialah Paris Saint Germans (PSG). Bekas pengurus Chelsea, Carlo Ancelloti juga baru sahaja menyertai kelab tersebut.

Florent Malouda - Selepas ketibaan pengurus baru, Andre Villas Boas, peluang untuk bermain 90minit atas padang dengan pasukan utama berkurangan secara mendadak. Pemain sayap berasal dari Perancis ini sering digunakan sebagai pemain simpanan. Kelab yang dikaitkan dengan perpindahannya ialah PSG

Salomon Kalou - mengalami nasib yang sama seperti Malouda, dia sering diketepikan oleh pengurus baru, ditambah dengan kehadiran Juan Mata ke Chelsea, peluang untuk pemain di bahagian serangan ini beraksi makin berkurangan. Arsenal dan Liverpool dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Jose Bosingwa - dia munkin dibenarkan meninggalkan Chelsea sekiranya usaha mendapatkan Gary Cahill dari Bolton berjaya. Bosingwa bermain di posisi pertahanan kanan. Beberapa kelab dari Perancis dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Didier Drogba - ikon Chelsea ini juga dikatakan akan berpindah kemana-mana kelab yang mampu memberikan kontrak yang paling lumayan. Tetapi selepas diturunkan beberapa kali dalam kesebelasan utama, dia menyatakan untuk terus bersama Chelsea hingga bersara dari arena bola sepak. Shanghai Shenhua dari China dikhabarkan bersedia memberikan tawaran yang lumayan. Selepas kejayaan mendapatkan Anelka, kelab itu mahu membawa Drogba untuk digandingkan dengan Anelka

05 January 2012

Alam Pardew : Demba Ba Outstanding

Sir Alex Ferguson menegaskan ini bukanlah situasi yang membimbangkan setelah Manchester United dikalahkan Newcastle United 3-0. Ini adalah kekalahan kedua dalam masa 2 minggu.

Newcastle mengakhiri rekod 18 perlawanan musim ini tanpa kemenangan dengan menang ke atas United.

United ketinggalan seawal minit ke 33 selepas sepakan volley menarik dari Demba Ba gagal diselamatkan Anders Lindegaard. Gol kedua terhasil dari sepakan percuma menarik dari Yohan Cabaye. Ini adalah perlawanan terakhir Ba sebelum bermain untuk Senegal dalam piala Afrika.

Gol ketiga Newcastle terhasil dari kesilapan Phil Jones pada minit akhir perlawanan apabila tertanduk bola ke dalam gawang united selepas cuba menyelamatkan sepakan penjuru Krul

Pengurus Newcastle Alam Pardew menyifatkan, pesembahan Ba malam tadi adalah sesuatu yang luar biasa.

04 January 2012

QPR : Pinjam Macheda

Kelab yang dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia, Queens Park Rangers (QPR) akan menggunakan khidmat penyerang Manchester United Federico Macheda secara pinjaman sehingga penghujung musim ini.

Penyerang berusia 20 tahun dari Itali itu kecewa dengan kedudukan tempatnya di dalam pasukan utama United. Dengan pilihan pemain penyerang yang ramai ianya menyukarkan Macheda untuk menjadi pemain utama United. Kini United telah mempunyai Rooney, Welbeck, Berbatov, Chicharito dan Owen.

Musim lepas, Macheda juga telah dipinjamkan ke Sampdoria dari liga Serie A Itali.

Macheda juga mendedahkan, dia sebenarnya telah mendapat nasihat dari Rio Ferdinand untuk menyertai kelab di Loftus Road itu. Adik Ferdinand, Anton Ferdinand turut bermain di QPR.

Pengurus QPR, Neil Warnock percaya ini adalah satu perjanjian yang baik bagi kedua-dua pihak. Macheda kurang mendapat tempat di dalam kesebelasan utama United. Tapi ianya tidak pelik kerana United mempunyai barisan serangan yang terbaik. Ramai yang cemburu dengan pemain yang dimiliki oleh Alex Ferguson. Warnock juga percaya, Macheda masih lagi dalam rancangan masa depan Ferguson.

03 January 2012

Wolverhampton : Selamat Datang Frimpong

Pintu perpindahan untuk bulan Januari telah dibuka. Banyak pasukan yang cuba mendapatkan pemain baru bagi memantapkan pasukan mereka.

Wolverhampton telah berjaya mendapatkan pemain muda Arsenal, Emmanuel Frimpong secara pinjaman sehingga penghujung musim ini. Pemain tengah berusia 19 tahun itu telah menjalani ujian kesihatan di Comton dan pengumuman rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat.

Frimpong telah membuat 14 kali penampilan dalam musim ini bersama the Gunners. Sebelum ini dia juga dikaitkan dengan perpindahan ke Villa, QPR dan Fulham. Ramai yang masih mengingati insiden antaranya dengan Samir Nasri semasa perlawanan diantara Arsenal dan Manchester City.

Kehadiran Frimpong dapat membantu Wolves yang kehilangan khidmat Jamie O'Hara dan Nenad Milijas yang cedera dan digantung perlawanan.