
semalan aku ke klinik ortho HKL sbb ada TCA.
susulan atas kecederaan aku dulu tu semasa main futsal.
doktor check aku tu suh bengkok kan kaki pastu dia try tarik kaki kiri aku ke depan kuat2. dia cakap "ni ban 2" aku pun tak tau ban 2 tu apa. sbelum ni doctor yang 1st check aku tulis dalam rekod aku ban 1. munkin sbb aku dah banyak sangat bergerak tu yang dia naik 1 lagi ban kot. jangan di tanya aku apa benda 'ban' aku pun tak tau betul ke tak aku tulis ni
"ni kena buat op" doc cakap.
"kalau tak nak buat boleh ke doc. tak da cara lain eh" aku bertanya sbb aku takut nak kena op ni.
"boleh, tapi 5 tahun lagi takut nanti lutut kamu ni dah tak leh pakai lansung". takut gak aku dengar.
"so, macam mana, nak buat tak?" doc tanya aku balik
"buat la doc" dan aku nampak doc tulis dalam rekod aku patients agreed to OP
so, pada 17/6/2009 nanti aku akan datang ke klinik lagi. time tu doc akan check up balik dan munkin akan buat MRI scan. dari MRI tu doc akan dapat pastikan jenis op yang macam mana patut buat kat aku
yang pastinya. tetap ke buat operation..

