Isu Bola Sepak Kelantan

on 10 April 2009

Kesian aku kat mamat ni. Datang stadium sebab nak tolong meniaga, tapi balik hilang mata. Kesian beb.

Ada blog yang membuat entri pasal isu ni. Aku malas la nak buat entri pasal tu korang boleh tengok kat justkhai.com. Macam2 pandangan dan pendapat yang diberikan. Mana yang orang kelantan pun ada yang tak menyokong apa yang berlaku ni.

Ada juga pendapat yang mengatakan, perkara ini ada agenda yang tersembunyi, ada unsur politik. Bila difikirkan ada juga kebenaran dan munkin sekadar pandangan biasa.

Tapi aku tertarik dengan orang memberikan pendapat,
kenapa kereta polis yang dibakar?
bukannya bas orang2 negeri sembilan atau mana kenderaan awam lain yang bukan dari kelantan?
biasanya kita gaduh, kita akan menyerang orang yang buat hal dengan kita. betul tak?


SEORANG pembantu gerai minuman di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, di Kota Bharu, buta mata kanannya terkena serpihan objek dipercayai daripada tembakan gas pemedih mata ketika rusuhan penonton selepas perlawanan Piala FA, malam Selasa lalu. Penuntut Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Mohammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dikatakan terkena objek berkenaan ketika sedang mengemas barangan jualan. Mohd Huzaifa ditenteramkan ibunya, Kamariah, di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Sumber
 
© wandisini.net | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO