Live Blogging from Azwan Anuar.

Latest Writings

Perpindahan Paling Lumayan


Ulu Manchester - Musim perpindahan bola sepak dikejutkan dengan perpindahan Azmanho dari Blogger Madrid ke Wordpress City. Menurut sumber yang dipercayai yuran perpindahan tersebut adalah hampir menyamai harga 10biji BMW M5. Jika diukur gaji mingguannya jumlahnya hampir sama dengan gaji 5 bulan seorang kerani di Malysia ini. Mahal siot..


Ada sumber lain yang mengatakan bahawa perpindahan Azmanho adalah kerana dorongan dari pihak ketiga. Tajan yang ditawarkan membuatkan Azmanho lupa diri sekejap. Tawaran yang diberikan tidak dapat ditolak olah Azmanho. Munkin inilah masa yang ditunggu olehnya untuk lebih berdikari dan juga menonjolkan bakat terpendam disisi gelap hidupnya.



Sebelum Azmanho berpindah ke Wordpress City ada beberapa pasukan lain yang cuba memancingnya. Ada juga kelab yang menawarkan harga yang tinggi beserta pakej menunaikan umrah percuma untuk semua kaum familinya. Akan tetapi, memandangkan offer yang ditawarkan tidak menambat hatinya dan disamping ilmu agama yang masih tak cukup untuk menunaikan umarah, beliau memutuskan untuk menyertai Wordpress, sebuah kelab yang lebih mementingkan duniawi.heh..

Chempaka Callister, seorang penjual nasi lemak di hadapan stadium Santiago Bernabu, mengatakan
"Elok la dia blah dari sini, saya dah lama hangin dengan dia, asik keluar malam dengan ramai awek. Saya dah lama niaga kat sini, tak pernah pun dia offer kuar minum cendol ke. Dulu pernah hadiahkan kain songket untuknya. Ntah dia pakai ke tak?"

Menurut pemain pertahanan Wordpress City,
Menteil Richards
"Perpindahan Azmanho diharapkan dapat memantapkan lagi jentera serangan pasukan dan juga mampu membawa angin perubahan yang baru seperti di Bukit Gantang dan Bukit Selambau"

Pemain Blogger Madrid, Ruud Wan Nistelrooy memberikan komen berhubung perpindahan Azmanho ini.
"Ko nak pindah mana pun aku tak kisah la Man. Semoga ko berjaya dengan pasukan yang baru. Kami disini tak kisah hang pergi la. Lantak pi la dengan hang !, apa hang ingat hang terrer..&*&%&$@!@$!!" temubual terpaksa dihentikan kerana beliau dah naik hangin.
Selepas keadaan reda, Ruud Wan Nistelrooy ditanya apa punca dia naik hangin dengan Azmanho.
"Hang nak pi team mana pun aku tak kisah la Man, tapi duit kutu tahun lepas tu hang tak bayaq lagi. Pa cite ni?'

Seorang penjual cupcake di Manchester yang ditemui, cupcake yang mempunyai edible image dan no jersi Azmanho sangat laris dijual disini. Ini satu perkembangan yang sangat baik dan mampu untuk menjana pendapatan yang lebih baik setiap bulan bagi saya masih lagi budak baru dalam dunia perniagaan dan pemasaran ini

Anarm Hughes, Pengurus Wordpress City, memberi reaksi
" Semoga perpindahan Azmanho dapat mengubah taktik permainan kami. Saya juga telah merancang beberapa strategi baru yang bersesuaian dengan corak permainan Azmanho. Saya juga telah menyediakan jadual untuk kami sepasukan untuk pergi ke kem motivasi besama Mentor Jutawan yang terkenal bagi meningkatkan tahap ketahanan mental pemain"

Kehebatan Azmanho memang sudah diketahui umum. Keupayaanya untuk menjaringkan gol di setiap perlawanan amat digeruni oleh pihak lawan mahupun kawan serumah.
Selain kehebatan diatas padang Azmanho juga turut hebat di luar padang. Semasa di Blogger Madrid, Azmanho adalah AJK Kecerian Surau. Tugasnya memastikan surau berada dalam keadaan kemas dan ceria. Azmanho juga pernah menjadi AJK rombongan ke Zoo Negara Malaysia. Beliau juga adalah setiausaha bagi Persatuan Congkak Madrid.

Seorang penjaga kandang beruang panda yang juga ahli Persatuan Congkak Madrid, Ryehannazz, memberitahu " Azmanho adalah seorang AJK yang sangat bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan, Beliau juga perihatin terhadap kebajikan ahlinya. Tapi da satu je yang tak elok, bila dia tensen, dia akan hisap rokok dengan banyaknya"

Ryehannazz turut menambah "Orang kata Azmanho ni panas baran orang nya, tapi saya tengok bila dia datang ke kandang panda saya ni, dia cukup mesra dengan panda-panda belaan saya. Semacam ada chemistry diantara Azman dan panda2 saya ni. Ada seekor panda yang yang bernama popo cukup manja dengan Azmanho"

Oleh kerana latar belakang Azman yang hebat tersebut. Ianya membuatkan Wordpress City berminat untuk mendapatkannya, agar dapat mengubah atmosfera di City supaya bukan setakat mementingkan duniawi sahaja tetapi membuat amal yang baik untuk akhirat nanti.

Bagi yang ingin mengetahui berita terkini tentang Azman, sila layari Anniversary Contest, peraduan yang dianjurkan oleh Azmanho sendiri dengan tajann sebuah syarikat bumiputra, hadiah yang ditawarkan memang cukup cantik, menarik, tertarik ko memang tembam.
Bagi peminat Blogger Madrid yang tidak berpuashati dengannya sila kacau atau tingalkan segala komen pedas dan tidak senonoh berbaur kurang ajar di blog rasminya http://azmanishak.com/ (itu pun jika anda berani buat camtu kat blog dia.hehe..)

* cerita ini adalah rekaan semata-mata untuk join contest yang azman buat dan tiada tujuan lain sama ada mahu menjatuhkan reputasi serta imej mana2 pihak. Jika adalah salah dan silap harap di maafkan ~ wandisini


8 Comments to “Perpindahan Paling Lumayan”

# Posted by Chempaka (14 April, 2009 18:06)

Uit aku jadi penjual nasi lemak.... Dah la tu bergabung tenaga dgn callister plak tu... Huhuhu...

Anyway lawak seyh... Hahaha... Xboleh blah... Byk betul artis undangan kamu guna dalam entry ni... Hehehe....


Btw, sejak bila azmanho tu berkulit gelap dan bergigi putih.... Hahahaha...

# Posted by ([:wandisini:]) (14 April, 2009 18:11)

chempaka
tu semua hasil intipan aku kat rumah kawan2 lain termasuk la rumah ko..
semoga azman gumbira dengan ceritera mangarut ni

# Posted by menteil (14 April, 2009 20:08)

apa nie.. aku tak suka ar pertahanan..
aku hanya layak jadi penyerang.. haha...

apa pon..
entry nie memang best..
lagi2 bila azman dah berkepala botak dan tidak lagi ada rambut belah tengah beliau.. huhu..

# Posted by Mr. Azman @ Kreuger (14 April, 2009 22:21)

adeh... adeh.. ni pon klakar tahap gaban.. muahahaha... tarak boleh tahan.. rase macam nak terkinceng mase aku bace... kekeke...

weh weh weh... pandai betoi nko mengarang citer macam citer bola.. respect betoi. adoi ai.. erk.. yang aku komen ni kire rumusan dari entri ni laa ek.. panjang giler weh.. memang tak terlawan kalau nak komen entri nko ni. senak aku nak menghabis kan.. keke.. tapi seriesly macam menteil cakap memang best. RESPECTED giler~

Pindah - Wek. wordpress mementingkan duniawi.. hadoi ai.. tak bleh blah dowh. Statement yang boleh menaikkan darah penduduk Wordpress kekeke..

Callister - erk.. bile mase pulak la awek ni kasik aku kain songket ni.. tapi hari tuh aku dah berjumpe dengan dia nih.. hahaha... aku segan die pon segan.. erm.. aku sembang dengan kawan buah hati die sudeh... si Life4Hire ahaks. time tuh depa baru balik dari PC fair.. mencube P1-Wiggy. Pergh.. shopping sakan depa ni beb.

Menteil - erk.. menteil kate tak suke pemain pertengahan.. weh aku striker la.. mane boleh nko nak chelenge muahaha.. kalau main futsal pon jadik striker jugak.. sampai nak tercabut kuku kaki aku... dalam 2 bulan mesti sekali aku ganti kuku kaki.. hadoi ai. mujur aku jage bersih bersih.. so tade la bercagu.. kekeke... bile dah darah beku... cabut jer terus dengan playar... wel.. dah biase.. macam tak rase ape dah.. lepas tuh cuci dengan air suam.. mesti le bersih kaki tuh. ahaks~

Cup Cake - Ade gambo? muahaha... ini yang lagi tak bleh blah.. sampai rase macam nak pecah perot nih..

Surau - erm.. muahahaha... aku AJK Surau? kalau betoi alhamdulillah la.. memang teringin pon.. tapi AJK lain tak mo nak undi aku jadi tok siak. nak buat macam mane kan...

Ryehanna - chis chis chis.. panda gedik.. ahahahaha... memang suke kacau aku. dah la panda die pon suruh aku yang suapkan makan. tak berbaloi betoi la.. tapi depa ni semua kengkawan yang best pernah aku kenai. happy jer memanjang... walaupon kekadang emo.. tapi still boleh maintain control.. pelik la nkorang ni~

Xcelu berpindah ke wordpress sebab ade member aku sponser. so aku ucapkan ribuan timer kasih kat die. Kalau nak usha blog die ade kat sini:- http://www.setiawngsa.net die la yang sponser aku selama setahun langganan. :D

Thanks untuk contest ni. aku akan masukkan ke page Contest Highlight. ok thanks.. terhibur betoi bace pengulas sukan bola kalau buat entri ni.. memang menangkapppp~

# Posted by Ryehanna (14 April, 2009 23:32)

Kahkahkah...xsenonoh betul la entry ni.. bila masa lak panda aku ada nama POPO?? xglemer lgsg... bagila nama sabariah ke.. markonah ke...ekekeke...

bila tah encik azmanHO ni nak berenti merokok.. sian panda2 aku tau... diorg dhle nak pupus...pastu sakit paru2 lak hidu asap rokok..

ape2 pun entry ni bisa buat aku tergelak sekejap. lol

# Posted by ([:wandisini:]) (15 April, 2009 08:53)

menteil :
ni kan cerita untuk mengampu pihak penganjur, so kena la jadikan dia star sikit. ko main je la defend

kreuger :
harap ko suka la, sbb aku jadikan ko star of devali tu

ryehanna :
aku pun tak tau macam mana dapat idea popo tu, tapi aku rasa cute je bunyinya. azman popo, popo azman. kan sedap tu

# Posted by inspirasiizra (21 April, 2009 10:41)

patutla dapat no 4 pun,,
da memang klaka pun,,
nama bloger lak yang jadi pemain,,
hahaaa

# Posted by ([:wandisini:]) (21 April, 2009 11:56)

izra :
ala no 4 je.
juri tak menilai dari sudut kelakar atau menghiburkan, penjurian dan pengadilan menggunakan sistem random generator. entry aku ni tak mampu menghiburkan mesin tu, tetapi mampu menghiburkan tuan punya blog tu jadi la kan

Post a Comment