Entry kali ini aku akan menceritakan serba sedikit tentang buku yang aku baru beli masa kat Pesta Buku @ PWTC baru2 ni
Sinopsis buku ini bermula dengan ayat, Si ayah bergelut dengan gelombang, Si ibu bergelumang dengan perit harian. Lantas si anak menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan mereka dari kesengsaraan.
Buku tulisan dan susunan Ummu Hani Abu Hassan dan Nik Nur Madihah sendiri ini bagi aku amat menarik. Apa yang membuatkan menarik? Ianya sebuah summary perjalanan hidup Madihah sebelum dia berjaya seperti sekarang ni. Buku ni bukan saja sesuai untuk dibaca oleh para pelajar, sesuai untuk dibaca oleh semua golongan.
Keazaman dan keinginan menuntut ilmu yang sangat tinggi serta membuang jauh2 perasaan rendah diri, itu la perkara baik yang aku rasa patut aku amik dari cerita Madihah ini.
Ada satu cerita yang aku agak tersentuh,
Madihah menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak da duit nak beli. Lagipun dia tak nak menyusahkan mak ayah dia cari duit untuk beli kamus.
Teringat masa aku belajar dulu, nak beli kamus, senang je cakap dengan mak. Madihah lak sanggup nak salin sebab tak nak menyusahkan mak ayah dia. Aku masa belajar dulu tak da pun terfikir macam tu.
Dalam buku ni juga Madihah acap kali mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua cikgunya. Walaupun cikgu tu tak mengajarnya tetapi dia tetap hormat gak.
Korang ingat lagi tak cikgu2 korang semua, aku rasa tak semua ingat kan. Masa korang berjaya ada cakap thanks kat cikgu tak?
Macama mana Madihah boleh nak amik 20 sunbjek?
Dalam buku ada ceritakan hal tu. Pada awalnya seorang cikgu yang dikenali sebagai Papa Li memintanya ambik 18 subjek, sama seperti yang dilakukan oleh seniornya sebelum ni Siti Fatimah. Madihah solat istikharah dan jumpa balik cikgu tu. Dia bagi tahu tak nak amik 18 subjek, tapi nak amik 20 subjek. Pergh..kalau aku la cikgu mintak macam tu, konfem aku cakap dengan cikgu gila ah cikgu, banyak tu...
Aku syorkan kepada pembaca blog aku untuk beli buku ni. Bukan saja untuk yang masih study sebagai sebuah cerita motivasi, tetapi untuk kita semua yang dah lama habis belajar ni.
Buku ni boleh membuatkan korang rasa betapa bertuahnya dan bersyukur apa yang korang ada sekarang. Bersyukur..
Perasaan rendah diri yang tinggi sangat patut dibuang jauh.
Petikan dari kata2 penerbit
Semoga buku ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada kita agar terus tabah menghadapi segala kesulitan. Sesungguhnya 'pipih tak datang melayang bulat tak datang bergolek'. Kesusahan bukan penghalang kejayaan. Hanya kesungguhan tanpa putus asa dapat meletakkan diri di puncak cita2.
address blog penerbit buku ini


