Bosan Betul la
Pernahkah anda rasa bosan tiap kali nak pergi kerja?
aku rasa ramai yang berperasaan sama macam aku ni. So aku tak la keseorangan dalam mengalami perasaan ini.
Kenapa bosan?
Salah satu sebab terjadinya kebosanan adalah kerana anda akan melakukan rutin kerja yang sama setiap kali datang kerja. Bila rutin ni la yang membuatkan aku kebosanan. Aku tak suka kerja2 yang rutin, dalam bahasa lain kerja yang sama setiap hari berulang kali. Dari isnin hingga jumaat sama je.
Aku pernah dengar Dr. Fadzilah Kamsah ada cakap pasal kerja.
Sebelum pergi kerja kita hendaklah menanam azam untuk pergi kerja sepenuh hati dan seikhlasnya untuk menjalankan kerja. Kena cari sesuatu yang seronok dalam kerja dan akan membuatkan anda tak sabar2 untuk datang kerja esok.
Ya..betul,
kena ikhlas dalam kerja dan menjadikan kerja itu seronok.
Tapi kalau kerja yang aku buat ni setiap hari sama je, masalah yang sama, menghadap benda yang sama. Apa perkara seronok lagi yang aku perlu ada untuk membuatkan aku datang kerja dengan lebih bersemangat esok.
Aku cari setiap hari perkara apa yang boleh buat aku seronok. Tapi malangnya aku tak jumpa, sbb keseronokan bekerja di tempat aku adalah amat kurang.
Munkin ada yang cakap.
Tukar kerja je la wei...
wah...senangnya cakap, berapa ramai kat luar sana yang tak ada kerja lagi?
under
blog.


2 Comments to “Bosan Betul la”
# Posted by saffa (01 June, 2009 20:14)
Haha.. Saffa faham.. Sebab Saffa pun bosan gak study neyh.. Tapi penyakit bosan tu datang kadang-kadang jer.. bila tengah down.. huhu
# Posted by ([:wandisini:]) (02 June, 2009 13:18)
saffa :
bosan study tak sama dengan bosan masa keje ni. masa aku study dulu pun bosan gak. tapi kita ada kawan 1 rumah nak yahoo2. dah keje ni, masing2 sibuk keje je. time study kita boleh dapat cuti yang panjang, tapi time keje ni dah tak da lagi cuti2 yang lama
Post a Comment
...like to get update by email?