Apa perasaan?
Biasa je la macam naik bot/sampan dan yang pasti benda ini tidak memabukkan aku. Munkin sebab bot tu jalan slow je dan bukan ada kat laut. Kalau la kat laut memang aku dah mabuk la
Manusia macam aku punya la ramai nak naik bot tu walaupun tak da apa sebenarnya. Aku naik pun atas paksaan teman wanita aku, ikut je la, nanti merajuk lak
Selepas anda menaiki bot tu anda akan dibawa mengelilingi/menyusuri sungai melaka, di kiri kanan tebing sungai dapat saksikan pemandangan seperti kampung morten, eye's on melaka, bangunan merah. Oohh...ada tarikan terbaru kat melaka. iaitu air pancut berirama.
Tengok je la gambar2 bawah ni
Tambang bagi dewasa adalah RM10 dan RM5 bagi kanak2

