Panduan Asas Nak Memulakan Blog

on 10 June 2009

Munkin masih ramai lagi yang tak tau macam mana ingin memulakan langkah membina blog. Ramai kawan2 aku yang tak tahu macam mana nak buat blog

Anda sering mendengar ramai orang yang berjaya memiliki blog mereka sendiri. Tidak kira mereka seorang ahli politik, ahli perniagaan kecil atau besar, artis, dan ramai lagi. Mereka yang sebelum ini tiada memiliki blog kini selangkah lagi menuju ke arah kejayaan. Tahukah anda, dengan memiliki blog kisah hidup anda boleh berubah? Blog juga mampu mempengaruhi dunia? Anda boleh lihat blog-blog yang dimiliki oleh Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Tun Mahathir (bekas PM), Raja Petra (Blogger Terkenal), dan juga yang dimiliki oleh ramai insan yang terkenal lagi. Dari situ kita dapat lihat betapa besarnya pengaruh bog dalam kehidupan masa kini. Anda juga perlu memiliki blog! Kita perlu memiliki blog sendiri bagi tujuan perniagaan, minat, kredibiliti, diari dan lain-lain.



Blog adalah salah satu laman web yang kebiasaannya dibina dan dikemaskini oleh seseorang individu atau organisasi tertentu yang juga dikenali sebagai 'blogger' untuk memaparkan penulisan, deskripsi, atau satu bahan grafik mahupun video. Blog juga biasanya mengandungi komentar, berita, perkongsian maklumat serta diari persendirian secara online. Blog juga merupakan kombinasi sesebuah teks, gambar, video, mp3 dan ‘link’ ke satu blog ke blog, laman web lain, dan antara media yang ingin di sampaikan
 
© wandisini.net | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO