My Projek Eps 5 : Ikan Keli Masuk Dalam Kolam

on 06 July 2009


Dah lama sangat aku tak update pasal projek aku ni. Bukan malas nak update, tapi sepanjang tak kuar citer pasal ikan keli ni, ada macam2 masalah yang timbul. Biasala risiko dan masalah akan timbul dalam perniagaan kan.



Masalah pertama yang timbul masa mula2 lagi membeli anak benih ikan keli tu. Aku beli 5000 ekor benih. Aku amik benih tu di hutan melintang perak. Baru je sampai rumah, semua anak ikan keli yang berjumlah 5000 ekor tu mati. Bukan mati semua tapi hampir semua mati la. Punca mati munkin kerana terlalu sesak duduk dalam beg plastik tu. Aku mintak share parter aku tanya kepada pembekal boleh dapat ganti tak. Dia pun tanya la kat pembekal tu. Nasib baik la pembekal tu kata boeh, tapi dia tak dapat ganti la 5000 ekor tu balik, sbb dia pun tak ada bekalan. Dia cuma bleh ganti 4000ekor dengan saiz yang agak besar sikit. Tak kisah la, janji dapat ganti.

Berdasarkan perkiraan aku, kemungkinan hasil boleh dituai dalam bulan 8. Waktu tu sangat baik sbb masa tu dah nak puasa. Bila puasa pulak market agak luas. Boleh jual kat peniaga2 bazar, jual terus pun boleh gak.

Masalah baru timbul pulak, semamlam aku call share partner aku. Dia kata dah mula ada kematian dalam kolam tu. Aku anggap lumrah la tu, tak kan suma hidup kan. Tapi sebetulnya risau gak. Mana la tahu makin banyak la mati sebelum aku dapat menuai hasilnya.



 
© wandisini.net | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO