Komplen Terhadap Doktor

on 29 April 2009

Aku tertarik untuk memberi respon tentang isu ini. Isu tetang doktor yang dikatakan malas kerja dan suka membuang masa. Isu ni aku terdengar masa dalam HotFM Am crew hari isnin lepas. Dalam masa yang sama aku terdengar gak da seorang pemanggil kat MHI komplen pasal doktor di hospital kerajaan selalu lambat.

Aku pun salah seorang seperti anda yang akan mengunjungi hospital kerajaan bila nak dapatkan rawatan.

Kenapa kita mengunjungi hospital kerajaan dan bukan hospital swasta/private hospital?
Jawapan yang sangat la mudah. Sebab hospital/klinik kerajaan boleh bayar murah. Yea..MURAH.
Cuba bandingkan dengan hospital private. Adakah kita mampu?
Melainkan anda kaya, kalau kaya pergi la private hospital. Caj rawatan klinik/hospital kerajaan ni murah. RM1 atau RM5, ubat semua free je

Bercerita pasal komplen.

Memang diakui oleh semua, layanan di hospital kerajaan lambat. Anda dapat rawatan tu kat hospital mana, hospital JB ke? hospital P.Pinang ke? hospital Kuala Lumpur ke? Kena faham la, semua hospital tu hospital utama, patients memang la teramat ramai berbanding hospital daerah2 je.
Kenapa ramai?
Sekali lagi aku katakan, sebab orang yang tak da duit macam aku ni ramai. Nak pergi private memang tak mampu la. Kalau anda kerja di company yang bagus, beruntung la. Ada panel masing2 kan

Aku sendiri masa nak buat rawatan susulan, pergi klinik ortho jam 9.00am tapi dapat masuk bilik jumpa doctor pukul 12.00pm lama siot. Tapi nak bising2 pun tak guna gak. Suma orang macam aku, kena tunggu gak, suma orang pun sakit gak, bukan aku sorang je sakit.

Seorang menteri dapat tengkap doctor tengah borak2 dan baca paper dalam klinik.
Pikir la wei...
doktor pun manusia jugak, munkin masa menteri tu nampak, baru tu je la doctor tu dapat rehat dan nak breakfast. Sebelum tu munkin dia dah merawat ramai patients. Nak berehat sekejap pun tak boleh ke? Ntah2 doctor tu malam tadi oncall ke. Ya, betul. Anda boleh cakap memang kerja doctor macam tu la. Dibayar gaji yang mahal untuk itu. Tapi dia pun orang jugak, makan macam korang, da rasa letih macam korang gak, rasa lapar, rasa nak buang air. Manusia gak

Tahukah anda (orang yang suka komplen2 ni) macam mana kerja seorang doctor?

Mesti anda akan cakap tahu, padahal anda tak tahu apa.
Aku? Aku pun tak tahu,
yang aku tahu, dia kena merawat orang dan yang aku tahu gak hari2 ada orang sakit. Pagi2 doctor datang kerja, kena tengok patients kat wad, kena pusing wad, macam2 kena tengok kat fail pesakit tu, petang kena pergi klinik lak, jumpa orang sakit lagi. Malam munkin kena oncall pulak. Esok pagi kena datang kerja balik. Ketahuilah bahwa sebetulnya doctor yang merawat anda tu, cuba memberikan yang terbaik untuk anda.

Nama pekerjaan tu memang glamer. Kalau anda nak kahwin dengan seorang doctor. Satu kampung akan kagum dengan anda. Contoh ayat orang kagum ialah seperti "wah..wan tu dapat kahwin dengan doctor" "anak si leman tu doctor"
Tapi kerja tak semudah yang anda sangka. Doctor tak da meja sendiri macam kita kerja kat ofis ni. Kalau ada pun dia tak sempat nak lepak kat tempat dia macam kita sekarang ni tengah baca blog aku ni. Doctor tak da no extension sendiri macam aku.hehe..Kalau ada pun kena call no wad. Doctor kena merawat patients yang ada macam2 karenah. Yang degil tak dengar cakap, keras kepala, banyak cakap, suka komplen2. Suka menangis
Pergh...tekanan jadi doctor ni tau.

Bagi aku,
Selain guru, ibu bapa, ahli agama anda patut menghormati doctor gak.Kenapa?
Tapi ingat...
Hormat kepada yang baik2 je dan menghormati anda balik, yang kurang ajar tu anda ajar je balik. Tak kira la siapa dia.
Kenapa perlu hormat doctor? Kalau anda sakit siapa yang anda jumpa? Kalau anda demam dan mintak MC siapa anda jumpa? Kalau anda eksiden bawa ke hospital siapa yang anda jumpa? Isteri anda bersalin siapa yang anda jumpa? anda jumpa doktor kan.

Banyak nyawa doctor dah selamatkan. Tapi tak da orang kesah pun
Tapi dek kerana kesilapan kecil doctor atau disebabkan doctor nak berehat tarik nafas sekejep dan menteri nampak atau anda nampak. Terus anda kata doctor lembap dan lambat.

Fikirkan la


Tag :

Kotak Rokok Bergambar #2

on 28 April 2009

Seperti yang kita sedia maklum, tak kira la anda perokok mahupun bukan perokok. Kita mesti dapat tengok perubahan yang besar ada pada kotak rokok sekarang.
Ya..kotak rokok bergambar
bukan gambar perempuan cantik2 mahupun gambar laki yang kacak2.

Tapi gambar mulut, hati, janin, paru dan macam2 lagi. Semua gambar yang mengerikan.

Dalam entri aku sebelum ni aku meragui kesan gambar2 tu suma.
Aku telah diberitahu oleh seorang kawan aku perokok tegar.
"ala..tak da rasa apa la, aku isap cam biasa je"

Tapi ada cerita lain yang dia bagi tahu aku

Menurutnya, sekarang telah menjadi trend kepada peroko membeli rokok dan menyimpannya dala bekas/container yang aluminium tu.



Benda ni boleh jumpa kat uptown. Kawan aku cakap, dulu menda ni dalam RM15 je la paling tinggi, sekarang dan jadi RM20 yang paling rendah. Kenapa?
Jawapannya ialah pada kotak rokok bergambar tu la.
Perokok tetap tak berenti meroko gak. Tapi mencari alternatif lain untuk merokok dengan tenang, aman dan selesa tanpa ada rasa ngeri/geli.



Tag :

Aku Pergi Fisio

on 25 April 2009

Semalam aku kena buat fisio lagi. Tiap minggu kena buat fisio sebelum tibanya hari untuk lutut aku di scan dan di operat. Semalam lak 1st time phisiotherpist tu menggunakan ultrasound kat lutut aku.
Pergh...korang tau tak rasa apa bila kena ultrasound ni

sakit siot.

Aku tanya org fisio tu, apa tujuan guna menatang tu.
Dia cakap untuk mengalirkan darah kat tempat yang cedera tu. Biar aliran darah tu lancar. Memang betul la, bila letak alat tu kat tempat yang tak sakit. Memang tak rasa apa, la sebab aliran darah tu lancar je. Tempat yang sakit ni munkin ada aliran darah yang tersekat, so dengan menggunakan ultrasound ni dia akan membantu mengalirkan darah tu balik

Hari ni aku jumpa kawan aku yang telah mengalami penyakit yang sama macam aku ni, dia dah buat Op. Dia buat Op untuk buang ligamen yang dah rosak tu. So sekarang aku dan dia dah tak boleh la nak layan futsal lagi.
Kecewa..
Tag :

Ulasan Buku : Catatan Hati Nik Nur Madihah

on 24 April 2009

Gambar : http://www.lamanpenerbithrp.blogspot.com/

Entry kali ini aku akan menceritakan serba sedikit tentang buku yang aku baru beli masa kat Pesta Buku @ PWTC baru2 ni

Sinopsis buku ini bermula dengan ayat, Si ayah bergelut dengan gelombang, Si ibu bergelumang dengan perit harian. Lantas si anak menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan mereka dari kesengsaraan.

Buku tulisan dan susunan Ummu Hani Abu Hassan dan Nik Nur Madihah sendiri ini bagi aku amat menarik. Apa yang membuatkan menarik? Ianya sebuah summary perjalanan hidup Madihah sebelum dia berjaya seperti sekarang ni. Buku ni bukan saja sesuai untuk dibaca oleh para pelajar, sesuai untuk dibaca oleh semua golongan.

Keazaman dan keinginan menuntut ilmu yang sangat tinggi serta membuang jauh2 perasaan rendah diri, itu la perkara baik yang aku rasa patut aku amik dari cerita Madihah ini.

Ada satu cerita yang aku agak tersentuh,
Madihah menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak da duit nak beli. Lagipun dia tak nak menyusahkan mak ayah dia cari duit untuk beli kamus.
Teringat masa aku belajar dulu, nak beli kamus, senang je cakap dengan mak. Madihah lak sanggup nak salin sebab tak nak menyusahkan mak ayah dia. Aku masa belajar dulu tak da pun terfikir macam tu.

Dalam buku ni juga Madihah acap kali mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua cikgunya. Walaupun cikgu tu tak mengajarnya tetapi dia tetap hormat gak.
Korang ingat lagi tak cikgu2 korang semua, aku rasa tak semua ingat kan. Masa korang berjaya ada cakap thanks kat cikgu tak?

Macama mana Madihah boleh nak amik 20 sunbjek?
Dalam buku ada ceritakan hal tu. Pada awalnya seorang cikgu yang dikenali sebagai Papa Li memintanya ambik 18 subjek, sama seperti yang dilakukan oleh seniornya sebelum ni Siti Fatimah. Madihah solat istikharah dan jumpa balik cikgu tu. Dia bagi tahu tak nak amik 18 subjek, tapi nak amik 20 subjek. Pergh..kalau aku la cikgu mintak macam tu, konfem aku cakap dengan cikgu gila ah cikgu, banyak tu...

Aku syorkan kepada pembaca blog aku untuk beli buku ni. Bukan saja untuk yang masih study sebagai sebuah cerita motivasi, tetapi untuk kita semua yang dah lama habis belajar ni.
Buku ni boleh membuatkan korang rasa betapa bertuahnya dan bersyukur apa yang korang ada sekarang. Bersyukur..
Perasaan rendah diri yang tinggi sangat patut dibuang jauh.

Petikan dari kata2 penerbit
Semoga buku ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada kita agar terus tabah menghadapi segala kesulitan. Sesungguhnya 'pipih tak datang melayang bulat tak datang bergolek'. Kesusahan bukan penghalang kejayaan. Hanya kesungguhan tanpa putus asa dapat meletakkan diri di puncak cita2.


address blog penerbit buku ini



Tag : ,

Hadiah Sudah Sampai


Pagi semalam masa sampai ofis, aku diberitahu seorang kawan aku excident. Lepas siapkan kerja sikit2 terus gerak ke HUKM.
Dia dilanggar oleh seorang budak india yang mabuk. Budak lagi baru lepas SPM tak da lesen lagi. Masa tu kawan aku dalam perjalanan nak hantar anak dia ke rumah pengasuh. Masa kena langgar tu anak dia jatuh atas jalan, dengan sedaya upaya kawan aku tu, dia tarik anak dia ke tepi jalan walaupun pada masa tu kaki dia patah. Malam semalam aku tengok 360 kat TV3 tu, teringat yang pembantu rumah yang celaka tu. Sepak terajang pijak anak orang suka hati. Panas je aku tengok. Kita jaga anak kita sebaik munkin la, dia senang hati je nak sepak anak orang

Nak dijadikan cerita lagi kawan aku ni, wife dia masih dalam wad. Kena tahan wad sbb kurang air dalam badan, lagipun tengah pregnant 2 bulan. Sebelum excident pagi tu, kawan aku cakap wife dia ada call pagi tu. Wife dia bagi tahu, malam tadi mimpi sesuatu, macam ada perkara yang buruk akan berlaku. Wife dia macam dah rasa je.

Cukup cerita sedih,

Pukul 3pm semalam aku ada meating. Blik meating dalam pukul 4pm aku tengok atas meja aku ada sampul surat pos express.
Bila aku tengok nama pengirim..aku tau sapa yang hantar. Azmanishak

Hadiah tempat ke 4 pasal cerita merapu aku dalam contest dia dah sampai,
Walaupun kecik tapi cantik dan sngat berharga, sebab ni la hadiah pertama yang aku dapat sepanjang berblogging ni.

Sekarang masalah aku
Mana satu aku nak letak keychain ini.
Adakah pada kunci motor atau pada kunci kereta?
Wonderpets...tolong la aku
Tapi aku rasa nak simpan dan simpan dalam almari kaca cavenzi rumah mak aku je.hehe

Tag :

Bila Kita Ada Nama

on 21 April 2009

Aku buat puisi ni sebab ada rasa tak puas hati sikit dengan orang2 yang ada nama dan kuasa. Bila ada nama dan kuasa sikit nak berlagak, ceh...bole jalan la.
Orang ada nama ni kebanyakan yang aku jumpa agak berlagak, suka nak jaga namanya. Ada sekali tu kat ofis aku ni. Orang ni dengan penuh bangganya memperkenalkan dirinya dengan semua gelaran yang dia ada la. Pastu senang2 suh kita buat apa yang dia nak kan tu. Bukan aku kerja dengan ko nak ikut arahan ko.


Tag : ,

Mentor - Tunjuk Ajar Ku Sifu

Gambar dari : http://www.emedia.com.my/uploadPix/mentor.jpg

Mesti antara korang dah tengok kan pada ahad lepas sessi pemilihan peserta mentor musim ke-3.

Macam biasa la, dalam mana2 program realiti pasti akan ada drama yang diwujudkan masa sessi pemilihan peserta. Bab2 nangis, tak berjaya, minta diberi peluang dan macam2 lagi

Yang pasti kalau program realiti, aku memang suka time macam ni. Time pemilihan tak kira la AF ke OIAM ke. Sbb nya kita akan dapat melihat berbagai ragam yang megelikan hati buah pinggang dan lutut kiri yang aku yang sakit ni

Aku terpikir la kan,
mana2 peserta yang tak sedap menyanyi tu, macam mana la dia boleh berkeyakinan menyatakan yang dia tu pandai menyanyi?.
Mati2 minta diberi peluang kali ke2 ke 3. Eloo...ko tu dah tak sedap menyanyi tu terima je la.

Bagi yang tak berjaya dan tak sedap menyanyi tu
aku rasa ko ni seperti membodohkan diri sendiri je masuk program macam tu. Sudah tentu la pihak tv akan ulang banyak2 kali nyanyian korang yang tak sedap tu. Sedar la diri nyanyian tu dah buruk dan tak merdu langsung, kenapa nak masuk gak ujibakat tu.
Korang tak da kawan2 yang mampu mengutuk atau menegur nyanyian buruk korang tu ke?
atau munkin kawan2 dah tegur yang ko ni tak boleh nyanyi, tapi disebabkan keyakinan pada diri sendiri serta didorong perasaan ingin membuktikan sesuatu kepada kawan2, ko pergi gak ujibakat tu. Degil betul..

Tapi aku respek la kat korang yang tak ada suara tu tapi pergi gak audition tu.
Korang memang berani la, ada keyakinan diri, yakin dengan bakat korang tu. Aku tak cukup berani nak pergi benda2 camni.

Bukan semua yang tak layak tu, nyanyiannya tak merdu, bagi yang ada suara tapi tak terpilih tu, aku rasa bukan rezki ko la. Munkin rezki anda ditempat lain. Suara ada cuma tak kena pada juri tu je.
Cuba lagi

Tag : ,

Hot Air Balloon Out Of Box


I made this last night. With a lot of googling to find a good tutorial and finally this the result.

So what do you thing?
The original picture i took from my previous entry Hot Air Balloon @ Putrajaya

A lot of try and error yang aku buat. Al maklum la orang baru belajar
Tag :

KL International Book Fair 2009

on 20 April 2009

Last sabtu-day aku pergi ke PWTC for this event. Pergh...ramainya orang. Ramainya orang malaysia yang minat terhadap buku. Who said Malaysian tak suka membaca, tengok kepada ramainya orang yang berada di PWTC, aku rasa orang yang mengatakan rakyat Malaysia tidak suka membaca adalah salah. Aku bukan lah ulat buku. Tapi aku rasa tertarik nak pergi tu mana la tau terjumpa apa2 buku yang menarik untuk bacaan aku sebelum tido.hehe..(baca buku sebelum tido. leh caya ke) . Event ni akan berakhir pada 26 Apr 2009




Aku kesana menaiki star lrt dari sungai besi, aku park kat sana je senang. Kalau la nak drive ke sana, aku rasa baik korang lupakan je la. Jem gile ah ding dong. Melainkan korang merempit je, itu satu pilihan yang lebih bijak.

Apa yang ada kat sana?
sudah semestinya la banyak buku2 je, dari majalah ke buku yang ilmiah, pendek kata semua jenis buku ada la. Walaupun aku sakit lutut, aku gagahkan diri gak nak habiskan semua tempat. Tapi niat aku tu tak tercapai, aku takat habiskan 2 floor je, semuanya ada 3 floor. Kaki aku dah letih banget, lutut kiri aku dah mula rasa kesengalan

Adakah aku ada membeli buku kat sana?
sudah tentunya ada. Sebab aku tak nak sia2 je aku ke sana sampai sakit2 lutut tapi pulang dengan tangan kosong.


Aku beli 2 buku. 1 buku pasal ikan keli. Beli ni sebab ada kena mengena dengan projek yang tengah aku buat tu dan 1 lagi buku Catatan Hati Madihah, student yang dapat 20A dlm SPM2008 baru ni. Buku ni sangat menarik, aku akan buat entry review pasal buku ni nanti. Aku rasa anda patut baca buku ni untuk meningkatkan lagi tahap bersyukurnya korang dengan apa yang korang ada sekarang.

Untuk pengetahuan korang juga, aku dengan tak malunya telah mendapatkan tandatangan Madihah serta mengucapkan tahniah kepadanya.hehe..aku ni ntah orang ke berapa ribu yang mengucapkan tahniah. Aku pikir nak gak amik gambar bersebelahan dengan dia, tapi rasa malu lak, nanti apa lak orang kata. Kutu berahak mana lak amik gambar sebelah Madihah ni. So aku batalkan saja niat aku tu, cukup la aku amik gambar dia dan ayahnya dari jauh.

Sikit review pasal buku Madihah tu. Korang tau tak, Madihah ni tak pernah jalan2 makan angin keluar dari Kelantan? last dia dengan famili dia bercuti ialah pada usianya 6tahun.

Tag :

I'm in The 4th Place



Aku menang tempat ke-4 dalam peraduan yang dibuat oleh seorang blogger dalam blognya En. Azmanishak. Hadiah ke 4,5,6 berupa sebuah key chain. Contest yang dibuat tak la susah mana, cuma kena cerita pasal dirinya je, padahal aku langsung tak mengenali empunya badan tu siapa, aku cuma baca dari blog orang lain dan blog dia je


Apa pun aku ucapkan terima kasih kepada random generator tu yang memilih aku sebagai pemenang tempat ke 4. Kalau la aku tau camna na fungsinya random generator tu, sudah pasti aku akan membuat entry pasal dirinya dengan berserta backlink yang banyak ke blognya

Walaupun entri aku pasal dirinya hanyalah hasil karutan aku sendiri je, tapi ianya dapat juga menghiburkan azman
dia cakap
"Dalam banyak-banyak entri yang diterbitkan oleh mereka semua. Paling aku tak bleh blah adalah entri En. Hydir. Klakar giler… Memang kalau aku buat pilihan bedasarkan hati aku, memang aku akan bagi En. Hydir sebagai pemenang pertama. Disusuli dengan Menteil, dan kemudiannya tempat ketiga untuk Wan Di Sini sebagai pengulas sukan… hahaha.. lawak & kreatif.."

Senarai pemenang yang lain boleh anda tengok dalam ni. Hadiah yang ditawarkan juga agak cantik untuk hiasan rumah dan pejabat anda
Tag :

Cupcake Pengantin Baru

on 17 April 2009

size : Large
price : RM2.50/each (*negotiable)
Delivary :
Free Delivary To following areas ;
Shah Alam, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Bangsar Sentul, Gombak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Setapak

For areas in Klang Valley not listed aboved :
From RM10.00 depending on location.


Tag :

Who is Good as a Boss - Man or Women?

Bagi yang bekerja, pasti anda ada seseorang atas anda yang anda akan panggil bos. Unless anda kerja sendiri. Kau bos kau la kuli, untung rugi organisasi semua manage by yourself

Bos atau ketua is a person yang memainkan peranan penting dalam organisasi. Dia la yang akan mengemudi bahtera organisasi anda.As a boss you need to make a decision. Every single decision even good or bad perlu ditentukan olehnya.

Persoalan yang aku ingin ajukan men or women, who makes the better boss?

Apa yang aku rasa male bosses to be better in many ways - they are fairer , do not gossip much, tak da nak becerita pasal kain baju orang, samarinda, spa-q, more performance oriented and do not tend to micromanage unless they are control freaks


On the contrary, female bosses have overblown egos, are extremely sensitive to gossip and negative comments about their personae, are pathologically jealous and create an atmosphere of "girliness". Women tend to be more detail oriented, and men prefer to look at the big picture.

Bagi aku if you had a female bos avoid conflict with your boss. The key word is sensitivity

So, apa pendapat anda dengan pendapat aku ni


(*jika boss aku terjumpa blog aku ni dan terbaca entry ni, sorry boss i don't mean you, this just my thought and don't cut my salary or report to director.heh..)
Tag :

You Are Angry At Almost Everything, Why?

MARAH.
Justify Full
Semua orang pernah marah. Ini adalah sifat semulajadi yang memang ada dalam diri setiap antara kita ni.

Bolehkah perasaan marah ni dikawal?
Sudah semestinya la boleh. Korang yang beragama islam pun mesti tau kan cara nak mengawal perasaan marah. Dengan amik wudhu',solat, baca al-quran.

Bila masanya korang marah?

Antara masanya ialah bila letih. Bila aku letih atau penat, aku cukup menyampah dengan orang yang suka mendesak dan juga orang yang nak mengada2 atau main2 dengan aku. Bila aku marah, biasanya aku akan mendiamkan diri. Tapi ada orang kata kalau anda marah, lepaskan je, baru puas hati.
Aku boleh nak lepaskan, tapi kena tengok keadaan la. Bila lepaskan marah sesuka hati ni la orang akan panggil kita ni sebagai panas baran.

Bila letih ke penat aku suka untuk merilekskan diri sendiri. Rileks tak kira la apa cara pun, aku suka main game, surf internet ke, tengok tv ke, jalan2 naik motor dan yang paling mujarab rasanya tidur je la.

Marah sebetulnya adalah persepsi kita atau pandangan kita pada satu2 situasi tanpa mengetahui kebenaran dan keadaan sebenar. Betul tak apa yang aku cakap ni?

Cuba fikirkan eh.
Aku bagi contoh kes.
Anda banyak kerja di ofis. Kerja yang anda lakukan adalah kerja harian yang tak boleh nak ditunda. Tiba2 bos memberikan anda kerja tambahan yang membuatkan kerja harian anda akan terganggu. Aku cukup yakin anda akan marahkan bos. Betul tak?

"Apa la orang tua ni bagi kerja kat aku, kerja dah la banyak"
"Bos ingat aku ni apa, robot ke mesin?"
Marah dalam hati je.

Kita marah sebab persepsi/pandangan kita yang bos ni menyusahkan aku je. Munkin kerja yang dia bagi itu ada kepentingan kepada organisasi. Tapi kita tak tau.
Tapi kalau kerja yang bos anda bagi tu macam remeh je, anda memang berhak untuk marah, sebab munkin persepsi bos kat kita dia ingat kita ni kerja goyang kaki dan pinggul je.

Sama situasinya bila anda eksiden.
Persepsi masing2 ialah aku betul dan dia salah. Masing cuba menang pada masa tu. Tapi kalau memang anda betul, tak kisah la nak marah. Contoh ni dalam keadaan yang 50-50 dimana ada penyebab lain.
Keadaan akan agak slow dan tak hot jika kedua2 pihak memahami antara satu sama lain, mempunyai pandangan yang sama. Kita memahami dia dan dia memahami kita. Boleh selesai kat situ je tak perlu susah nak saman menyaman.

Faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni. Sekadar renungan untuk diri aku sendiri. So, kawal la amarah anda, masalah tak kan selesai dengan marah-marah.

Tag : ,

New Members Of Proton - Proton Exora

on 16 April 2009


Proton Exora is the Malaysia’s 1st homegrown MPV made by Malaysia carmaker has be launced by new Prime Minister DS Najib Tun Razak with the tagline 'you’ll be amazed'
Before this I had found a Rangka Proton Exora at PWTC. At that time, it's look like a Nisaan Grand Livina and litle bit Toyota Wish. It's just rangka je.


Its design is appealing for people from all walks of life and also how the design is able to be adapted both upwards or downwards the customer demographic.

Managing Director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir has said last night

"Proton perlu membuat kereta yang mempunyai Japanish design with european technology and the most important how to made this car suitable for Malaysian price."

Betul-betul challengging la nak buat kereta untuk orang Malaysia ni. Nak yang canggih cantik tapi murah.

ye...murah..as a Malaysian i like something yang murah.hehe..
Tag : , ,

Yahoo To Cut Hundreds Of Jobs

on 15 April 2009

SAN FRANCISCO (Reuters) - Yahoo Inc is preparing to lay off several hundred workers in the first round of cuts since Carol Bartz became chief executive in January, a source with knowledge of the situation told Reuters.

The layoffs could be announced next Tuesday, when Yahoo reports its first-quarter financial results, according to the source, who wished to remain anonymous because of the issue's sensitivity.

Yahoo's last round of layoffs was in December, under former CEO and co-founder Jerry Yang. The company, which is the No. 2 U.S. Internet search provider, finished 2008 with roughly 13,600 employees, down by more than 1,600 employees from the third quarter of 2008.

Yahoo declined to comment on the planned layoffs, first reported by the New York Times on Tuesday.

The cuts would come almost two months after Bartz implemented a broad internal management reorganization and as Yahoo explores partnerships to help revive its growth.

Yahoo and Microsoft Corp met recently to discuss a deal involving the company's search business, according to a source familiar with the matter who wished to remain anonymous.

The search company has projected that sales in the first quarter could be down as much as 16 percent at $1.53 billion.

Shares of Yahoo were up 3 cents at $14.10 in after hours trade.

(Reporting by Alexei Oreskovic; Editing Bernard Orr and Muralikumar Anantharaman)


Tag : ,

Perpindahan Paling Lumayan

on 14 April 2009


Ulu Manchester - Musim perpindahan bola sepak dikejutkan dengan perpindahan Azmanho dari Blogger Madrid ke Wordpress City. Menurut sumber yang dipercayai yuran perpindahan tersebut adalah hampir menyamai harga 10biji BMW M5. Jika diukur gaji mingguannya jumlahnya hampir sama dengan gaji 5 bulan seorang kerani di Malysia ini. Mahal siot..


Ada sumber lain yang mengatakan bahawa perpindahan Azmanho adalah kerana dorongan dari pihak ketiga. Tajan yang ditawarkan membuatkan Azmanho lupa diri sekejap. Tawaran yang diberikan tidak dapat ditolak olah Azmanho. Munkin inilah masa yang ditunggu olehnya untuk lebih berdikari dan juga menonjolkan bakat terpendam disisi gelap hidupnya.


Sebelum Azmanho berpindah ke Wordpress City ada beberapa pasukan lain yang cuba memancingnya. Ada juga kelab yang menawarkan harga yang tinggi beserta pakej menunaikan umrah percuma untuk semua kaum familinya. Akan tetapi, memandangkan offer yang ditawarkan tidak menambat hatinya dan disamping ilmu agama yang masih tak cukup untuk menunaikan umarah, beliau memutuskan untuk menyertai Wordpress, sebuah kelab yang lebih mementingkan duniawi.heh..

Chempaka Callister, seorang penjual nasi lemak di hadapan stadium Santiago Bernabu, mengatakan
"Elok la dia blah dari sini, saya dah lama hangin dengan dia, asik keluar malam dengan ramai awek. Saya dah lama niaga kat sini, tak pernah pun dia offer kuar minum cendol ke. Dulu pernah hadiahkan kain songket untuknya. Ntah dia pakai ke tak?"

Menurut pemain pertahanan Wordpress City,
Menteil Richards
"Perpindahan Azmanho diharapkan dapat memantapkan lagi jentera serangan pasukan dan juga mampu membawa angin perubahan yang baru seperti di Bukit Gantang dan Bukit Selambau"

Pemain Blogger Madrid, Ruud Wan Nistelrooy memberikan komen berhubung perpindahan Azmanho ini.
"Ko nak pindah mana pun aku tak kisah la Man. Semoga ko berjaya dengan pasukan yang baru. Kami disini tak kisah hang pergi la. Lantak pi la dengan hang !, apa hang ingat hang terrer..&*&%&$@!@$!!" temubual terpaksa dihentikan kerana beliau dah naik hangin.
Selepas keadaan reda, Ruud Wan Nistelrooy ditanya apa punca dia naik hangin dengan Azmanho.
"Hang nak pi team mana pun aku tak kisah la Man, tapi duit kutu tahun lepas tu hang tak bayaq lagi. Pa cite ni?'

Seorang penjual cupcake di Manchester yang ditemui, cupcake yang mempunyai edible image dan no jersi Azmanho sangat laris dijual disini. Ini satu perkembangan yang sangat baik dan mampu untuk menjana pendapatan yang lebih baik setiap bulan bagi saya masih lagi budak baru dalam dunia perniagaan dan pemasaran ini

Anarm Hughes, Pengurus Wordpress City, memberi reaksi
" Semoga perpindahan Azmanho dapat mengubah taktik permainan kami. Saya juga telah merancang beberapa strategi baru yang bersesuaian dengan corak permainan Azmanho. Saya juga telah menyediakan jadual untuk kami sepasukan untuk pergi ke kem motivasi besama Mentor Jutawan yang terkenal bagi meningkatkan tahap ketahanan mental pemain"

Kehebatan Azmanho memang sudah diketahui umum. Keupayaanya untuk menjaringkan gol di setiap perlawanan amat digeruni oleh pihak lawan mahupun kawan serumah.
Selain kehebatan diatas padang Azmanho juga turut hebat di luar padang. Semasa di Blogger Madrid, Azmanho adalah AJK Kecerian Surau. Tugasnya memastikan surau berada dalam keadaan kemas dan ceria. Azmanho juga pernah menjadi AJK rombongan ke Zoo Negara Malaysia. Beliau juga adalah setiausaha bagi Persatuan Congkak Madrid.

Seorang penjaga kandang beruang panda yang juga ahli Persatuan Congkak Madrid, Ryehannazz, memberitahu " Azmanho adalah seorang AJK yang sangat bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan, Beliau juga perihatin terhadap kebajikan ahlinya. Tapi da satu je yang tak elok, bila dia tensen, dia akan hisap rokok dengan banyaknya"

Ryehannazz turut menambah "Orang kata Azmanho ni panas baran orang nya, tapi saya tengok bila dia datang ke kandang panda saya ni, dia cukup mesra dengan panda-panda belaan saya. Semacam ada chemistry diantara Azman dan panda2 saya ni. Ada seekor panda yang yang bernama popo cukup manja dengan Azmanho"

Oleh kerana latar belakang Azman yang hebat tersebut. Ianya membuatkan Wordpress City berminat untuk mendapatkannya, agar dapat mengubah atmosfera di City supaya bukan setakat mementingkan duniawi sahaja tetapi membuat amal yang baik untuk akhirat nanti.

Bagi yang ingin mengetahui berita terkini tentang Azman, sila layari Anniversary Contest, peraduan yang dianjurkan oleh Azmanho sendiri dengan tajann sebuah syarikat bumiputra, hadiah yang ditawarkan memang cukup cantik, menarik, tertarik ko memang tembam.
Bagi peminat Blogger Madrid yang tidak berpuashati dengannya sila kacau atau tingalkan segala komen pedas dan tidak senonoh berbaur kurang ajar di blog rasminya http://azmanishak.com/ (itu pun jika anda berani buat camtu kat blog dia.hehe..)

* cerita ini adalah rekaan semata-mata untuk join contest yang azman buat dan tiada tujuan lain sama ada mahu menjatuhkan reputasi serta imej mana2 pihak. Jika adalah salah dan silap harap di maafkan ~ wandisini


Tag :

Kotak Rokok Bergambar

on 13 April 2009

Kotak rokok bergambar.

Sekarang ni semua kotak rokok telah disertakan dengan gambar yang boleh dikategorikan sebagai sesetengah kawan aku geli. Geli la nak tengok organ2 dalaman yang rusak kerna penghisapan rokok yang berterusan

Persoalan yang timbul, adakah gambar2 tu memberikan kesan kepada perokok2 tegar bagi semua peringkat?

Tahukah anda bahwa kutipan dari cukai rokok, perjudian dan arak adalah yang tertinggi dalam negara ni. Ini secara tidak langsung memberikan alasan dan sebab yang logik dari segi ekonominya kepada para perokok tegar untuk terus merokok.

"kau tau tak, aku adalah penyumbang utama ekonomi dalam negara kita, dengan cara aku menghisap rokok" itulah kata2 dari kawan aku

Mana tak menyumbangnya, kalau sebulan habis dekat RM300 untuk rokok je, kalau la duit tu dikumpul selama 5 bulan, dah boleh beli sport rim kereta yang baru la

Berbalik kepada persoalan tadi. Aku rasa gambar itu memberikan kesan gak la.
Kesan mendalam ke tak, aku tak tau la. Sebab ada kawan aku yang mula memilih untuk membeli rokok.

"Nanti kau belikan aku rokok, tapi pilih gambar budak, jangan gambar kerongkong ke paru-paru ke, geli la"
inilah kesan kepada para perokok tegar tu. Memilih gambar kat kotak rokok tu. Bukan memilih jalan untuk berhenti merokok
Tag :

Isu Bola Sepak Kelantan

on 10 April 2009

Kesian aku kat mamat ni. Datang stadium sebab nak tolong meniaga, tapi balik hilang mata. Kesian beb.

Ada blog yang membuat entri pasal isu ni. Aku malas la nak buat entri pasal tu korang boleh tengok kat justkhai.com. Macam2 pandangan dan pendapat yang diberikan. Mana yang orang kelantan pun ada yang tak menyokong apa yang berlaku ni.

Ada juga pendapat yang mengatakan, perkara ini ada agenda yang tersembunyi, ada unsur politik. Bila difikirkan ada juga kebenaran dan munkin sekadar pandangan biasa.

Tapi aku tertarik dengan orang memberikan pendapat,
kenapa kereta polis yang dibakar?
bukannya bas orang2 negeri sembilan atau mana kenderaan awam lain yang bukan dari kelantan?
biasanya kita gaduh, kita akan menyerang orang yang buat hal dengan kita. betul tak?


SEORANG pembantu gerai minuman di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, di Kota Bharu, buta mata kanannya terkena serpihan objek dipercayai daripada tembakan gas pemedih mata ketika rusuhan penonton selepas perlawanan Piala FA, malam Selasa lalu. Penuntut Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Mohammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dikatakan terkena objek berkenaan ketika sedang mengemas barangan jualan. Mohd Huzaifa ditenteramkan ibunya, Kamariah, di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Sumber
Tag : ,

Minum Kopi Menghilangkan Mengantuk


Aku banyak baca dan mendegar orang cakap bila kita minum kopi, ianya dapat menghilangkan rasa mengantuk dan letih. Kira kopi ni macam menyegarkan mata dan memberikan tenaga yang lebih hebat untuk membuat kerja.

Betul ke minum kopi akan hilang rasa mengantuk. Kalau aku minum kopi, aku akan rasa lebih letih dan mengantuk? Bila minum kopi mata aku akan lebih berat dari biasa. Berat macam nak pejam, tarik bantal dan tidur. Tipu la kata minum kopi boleh mencelikkan mata

Perkara ini aku sedari masa study dulu la.
Pada satu malam, aku dan kawan2 telah pergi ke maplay dengan tujuan nak minum2 dulu sebelum study sebab esok ada kuiz. So kira nak stay up la ni.

"mamak, kasi kopi ais sama nasi lemak telur mata"
"ok" mamak jawap

Lepas borak2 macam2 topik kita orang pun balik.
Bila sampai umah mula aktiviti nak study, masing2 mula buka buku la. Tapi aku rasa lain macam je. Apsal ngantuk sangat ni. Aku cuba tahan2 tapi tak boleh gak. Lastly aku tidur je la.

Lepas dari itu aku mula sedari bahwasanya aku tak boleh minum kopi kalau mengantuk, kalau minum gak aku akan jadi lebih mengantuk dan letih.

Untuk hilangkan rasa mengantuk aku akan minum teh tarik. Untuk mendapatkan tidur yang lebih lena aku akan layan kopi ais atau kopi tarik

"mamak kasi kopi tarik, aku nak tidur sedap2 malam ni"
Tag : ,

Menara Bangsa

on 09 April 2009

Ini adalah lirik lagu Menara Bangsa. Bagi sesiapa yang telah pergi ke BTN pasti akan mengetahui lagu ni.

Persoalan aku. Siapa yang cipta lagu ni. Bagi aku memang tak best la berbanding lagu2 patriotik lain yang pernah aku dengar.

Bagi sesiapa yang pernag pergi BTN dan nyanyi lagu ni. Korang rasa sedap ke?

Tag :

Aku Buat Fisioterapi

Jam 8.00am pagi tadi aku ke Jab. Fisioterapi HKL untuk buat fisio.

Fisio ni kena buat untuk menguatkan lutut aku yang tak kuat ni sebelum buat OP nanti.

Agak ramai juga kat tempat fisio ni. Tapi ramai orang tua je, yang muda belia macam aku ni tak nampak pun. Nasib baik la Physiotherapists yang menjaga aku tu muda belia macam aku. So tak la buhsan sangat. Sejuka gak la mata aku melihat ni.heh.. (buat kekasih aku=awak..jangan marah eh) Orang sakit ni memang kena layan baik2. Jadi guys kat luar sana, kalau injured main futsal, kena buat fisio, datang le HKL

Mula datang ke sesi tu, aku kena baring. Cik physio tu mula buat ujikaji kat lutut aku, angkat kaki, tolak kiri kanan. Tekan kepala lutut la, kesian Cik Physio tu kena angkat kaki aku yang besar macam betis anak kijang.hehe...

Sebelum balik dia suruh buat sendiri kat rumah beberapa teknik. Tapi aku rasa tak boleh buat la, sbb Cik Pysio tu tak da, sapa nak guide aku nanti, kesian aku kan.

Amalan yang dia suruh buat
1. Sandar pada dinding dan turunkan badan. Tahan 10 saat dan naik balik, jangan turun sampai habis tapi cukup2 paras lutut je. Buat berulang kali sampai pengsan.haha..

2. Duduk pada kerusi, jangan duduk kat lantai, tak berkesan. Boleh juga duduk atas bonet kereta kalau rumah anda tak da kerusi, tapi jangan duduk atas kereta orang lain dah la. Dah duduk, angkat kaki kiri dan kanan. Buat berulang kali.

3. Baring. Angkat kaki. Sebelah kanan dulu. Halakan kaki ke kanan, kiri dan tengah. Buat berulang kali dan gilir2kan kaki tu. Jangan serentak

4. Baring sisi badan. Angkat kaki dan halakan ke depan belakang dan atas. Buat gilir2 juga, jangan serentak.

Bagi anda yang tak sakit macam aku pun boleh juga mencuba teknik2 yang diajarkan tadi.

Sangat sesuai bagi wanita yang suka bershoping tak hingat dunia, masuk dari satu kedai ke satu kedai, agar lutut anda kuat dan boleh pergi lebih jauh dan lebih banyak shopping complex

Next appoinment aku 17/04/09
Tag :

Sophia Ridza

on 07 April 2009


Siapa awek ni, cun tak? Kalau tanya aku, dah tentu la cun..jeles kekasih aku bila cakap camni.


Ibarat sebuah kisah klasik untuk masa depan lak (tajuk sebuah lagu dari SO7). Kenapa kisah klasik lak? Sebabnya dah kurang org yang tersangat gentlemen cam mamat korea ni.

Cerita lebih
Tag : ,

Kod Gitar - Puspa (ST12)

Aku baru je terdengar lagu ni dari kawan aku, rasa cam best pulak, mula2 dia pasang aku ingat lagu dari New Boyz sbb suaranya ada iras2 tomok

ada kawan kepada kawan aku yang bernama Puspa gak, kipas susah mati Man U,

Puspa (ST12)

C Em
Kau gadisku yang cantik
F C
Coba lihat aku disini
Dm G C
Di sini ada aku yang sayang padamu

C Em
Kau gadisku yang manis
F C
Coba dekat aku disini
Dm G C
Di sini ada aku yang cinta padamu

F G
Walau ku tahu bahwa dirimu
E Am
Sudah ada yang punya
D G
Namun aku tunggu sampai kau mau


Chorus :
C F
Jangan jangan kau menolak cintaku
G C
Jangan jangan kau ragukan hatiku
Am Dm
Ku kan selalu setia menunggu
F G
Untuk jadi pacarmu

C F
Jangan jangan kau tak terima cintaku
G C
Jangan jangan kau hiraukan pacarmu
Am Dm
Putuskanlah saja pacarmu
F G
Lalu bilang I love you padaku

Int: C F G C Am Dm F G

*Puspa = Putuskan Saja Pacarmu
Tag :

Kod Gitar - Ayat-Ayat Cinta (Rossa)

Teringin nak main lagu ni baru2 ni.

Ayat-Ayat Cinta (Rossa)

Dm A
desir pasir di padang tandus
D/F# Gm
segersang pemikiran hati
E A Dm C A# A
terkisah ku di antara cinta yang rumit

Dm A
bila keyakinanku datang
D/F# Gm
kasih bukan sekadar cinta
E A Dm C
pengorbanan cinta yang agung
A# A
ku pertaruhkan

REff :
F Dm
maafkan bila ku tak sempurna
Gm C
cinta ini tak mungkin ku cegah
A Dm C
ayat-ayat cinta bercerita
A# A Dm
cintaku padamu

F Dm
bila bahagia mulai menyentuh
Gm C
seakan ku bisa hidup lebih lama
A Dm C
namun harus ku tinggalkan cinta
A# A Dm
ketika ku bersujud

Int : Fm C F A#m G C Fm D# C# C Dm

Dm A
bila keyakinanku datang
D/F# Gm
kasih bukan sekadar cinta
E A Dm C
pengorbanan cinta yang agung

A#

Aku pertaruhkan Bacck to : Reff A# A Dm
ketika ku bersujud


Tag :

Hello Kitty Sexy Men Underwear

Whilw i'm blogging, i found this in here.

For me...it's ermm...ntah la a little bit cute, sexy (maybe..)

If you ask me to wear it or not..my simple answer is..JANGAN HARAP..hehe..
Tag : ,

OAG live at Istana Budaya

If you have watching OAG perform at many gig concert. Why not you try to go their show at Istana Budaya. I think it's a special, because IB allow them to perform there.

Show Name Unplugged Live @ Istana Budaya
Show Time

18 April 2009 3:00PM
Dance To The Radio, Auburn, OAG
18 April 2009 8:30PM
The Times, CILI, OAG
19 April 2009 3:00PM
Bunkface, Project Pistol, OAG

Venue Istana Budaya, Lambang Sari
Ticket Price RM 35.00
*Price shown excludes RM 3.00 ticket charge


Read More
Tag : , ,
 
© wandisini.net | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO