PAS Lancar Dana Bina Kompleks RM27j

on 30 May 2009



PUTRAJAYA, 18 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

"Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Tag :

Rambut Anda Ada Kelemumur?

INFO: Golongan berisiko alami kelemumur

  • Ia bermula pada peringkat usia dewasa dan berterusan hingga pertengahan usia. Namun, ada juga mereka yang berhadapan dengan kelemumur sepanjang hayat.

  • Lelaki lebih kerap berhadapan dengan kelemumur. Dipercayai hormon lelaki memainkan peranan utama dalam hal ini. Lelaki juga mempunyai kelenjar penghasilan minyak pada kulit kepala yang lebih besar berbanding wanita. Justeru, ia menyumbang kepada terjadi kelemumur.

  • Rambut dan kulit kepala yang berminyak

  • Diet pemakanan yang kurang zink, vitamin B dan sesetengah jenis lemak.

  • Masalah penyakit berkaitan neurologi.

    INFO: Punca

  • Kulit kering - punca biasa yang menyebabkan kegatalan dan kulit berkeruping.

  • Kulit gatal dan berminyak - menyebabkan kulit bertanda kemerahan dan berminyak.

  • Kurang bersyampu

  • Masalah kulit seperti psoriasis

  • Ekzema pada kulit kepala

  • Sensitif pada bahan kimia yang digunakan dalam syampu rambut

  • Perubahan hormon

  • Tekanan

  • Masalah neurologi

  • Artikel Penuh
    Tag :

    KRU Studios

    on 29 May 2009



    VISI KRU Studios Sdn. Bhd. untuk menyediakan satu studio perfileman bertaraf antarabangsa telah diumumkan pada 12 Disember lalu. Mungkin ketika itu ramai yang berpendapat 'angan-angan' Norman, Edry dan Yusry Abdul Halim agak sukar untuk dicapai.

    Barangkali juga sewaktu membuka mulut untuk bercerita tentang mimpi besar mereka, tidak kurang yang mengaitkan tiga beradik ini sebagai 'mat jenin' yang hanya tahu membina impian, tetapi gagal bekerja untuk melaksana.

    Namun, mereka bertiga membuktikan bahawa impian itu semakin hampir untuk direalisasikan. Sedang giat dibina, studio KRU yang terletak di Cyberjaya merangkumi lokasi seluas 15.39 ekar.

    Fasa pertama yang merangkumi bangunan dua tingkat dengan keluasan 57,380 kaki persegi dijangka siap dibina Ogos ini. Namun, operasi sepenuhnya dijangka bermula pada Januari 2010 selepas pemeriksaan kemudahan dijalankan sepenuhnya.

    Fasa kedua pula yang merangkumi sembilan ekar dijangka dibina dalam masa tiga hingga lima tahun. Menyediakan khidmat studio pasca produksi untuk filem, drama dan iklan, KRU Studio juga mempunyai kemudahan 3D, studio suntingan, animasi, kesan khas serta studio audio yang menyediakan khidmat rakaman, program, adunan dan efek suara.

    "Selain daripada perkhidmatan yang diperlukan untuk menghasilkan filem atau drama dan iklan, studio ini juga memuatkan kemudahan seperti bilik solekan, persalinan, kafeteria, lobi, pejabat dan bilik serba guna yang akan memudahkan mereka yang menjalankan rakaman atau produksi secara langsung.

    "Kami mahu mencipta studio yang menggunakan format High Defination (HD) sepenuhnya dan menghapuskan penggunaan pita. Dengan ini, kami dapat menghasilkan persekitaran kerja yang lebih efektif di samping memenuhi permintaan pasaran antarabangsa," kata Presiden dan Ketua Pegawai Operasi KRU, Norman.


    PERKEMBANGAN KRU Studio akan sentiasa dikhabarkan kepada pihak media dari semasa ke semasa.

    Membawa para wartawan untuk melihat sendiri tapak pembinaan itu, kawasan luar yang luas juga memberikan pilihan kepada pembikinan untuk menjalankan penggambaran. Turut menyediakan studio dalam untuk penggambaran, ia dijangkakan akan menerbitkan program TV dengan durasi 300 jam dan 12 filem dalam masa setahun.

    Mendahulukan pasaran tempatan, KRU Studio ingin berkongsi kemudahan studio mereka dengan penerbit tempatan dalam usaha membangkitkan industri perfileman tempatan.

    Sudah mendapat persetujuan kerjasama daripada tujuh syarikat produksi tempatan, KRU Studio berharap untuk mendapatkan lebih banyak syarikat untuk berganding bersama.

    "Kami membuka peluang untuk bekerja dengan mana-mana syarikat produksi atau pengiklanan. Kami juga akan menyewakan kemudahan dan peralatan kami kepada pihak ketiga kerana mahu menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada.

    "Malah kami juga akan memberikan diskaun sebanyak 25 peratus kepada pembikin filem tempatan berbanding dengan penerbit dari luar negara. Namun, ini bukan bermaksud kami memberikan subsidi tetapi menjadi penerbit bersama.

    "Ini kerana kami faham dan pernah melalui tanggungan kos studio yang tinggi terutama semasa menerbitkan filem. Kami mahu membantu dari segi kewangan dan masa," jelas Norman yang yakin dengan sektor perfileman tempatan.

    Lokasi studio KRU di Cyberjaya itu juga amat strategik dari segi logistik. Berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ibu negara, pembikin filem luar terutama akan tertarik dengan faktor ini.


    MASIH berselerak di sana sini, studio ini dijangka siap untuk diduduki menjelang awal tahun 2010.

    Selain daripada itu, khidmat bakat tempatan yang boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa juga menjadi salah satu sebab memudahkan kemasukan pembikin filem luar.

    "Disebabkan masyarakat kita yang boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, ini akan membantu menarik lebih ramai pembikin filem luar terutama dari Singapura, Indonesia dan Filipina.

    "Lokasi yang berdekatan dengan Kuala Lumpur (KL) juga menarik perhatian kerana pembikin filem juga boleh menjalankan penggambaran di sana dan kawasan Cyberjaya yang bebas kesesakan lalu lintas memudahkan tugas mereka," tambahnya.

    Sudah membuktikan kredibiliti dengan penerbitan enam dokumentari pendek termasuk Keris, Wau, Batik, Bajau Laut, Potugis Melaka dan Kellie's Castle yang dijual kepada 22 saluran menerusi Discovery Channel, filem popular terbitan KRU Studio, Cicakman juga sudah dialih suara dan dijual di Perancis.

    Maka, memandangkan ingin menembusi pasaran luar, KRU berhasrat untuk menghasilkan produk dalam bahasa lain. "Finas banyak membantu kami. Jadi kami mengambil peluang ini untuk mengembangkan industri tempatan.

    "Namun, jika diberikan lebih intensif, kami boleh pergi lebih jauh. Negara kita mempunyai banyak bakat tetapi cuma tidak dipasarkan keluar. Jadi bagi membantu industri tempatan, kita perlu menghasilkan banyak produk yang boleh dijual di luar," jelas Norman sambil disokong Yusry dan Edry.

    Sedang mengumpul data dan informasi mengenai pengedar filem luar, KRU Studio ingin membina satu jalan bagi membantu produknya serta hasil kerja syarikat lain bagi menembusi pasaran luar. Sudah mempunyai lebih 10,000 data mengenai pengedar luar, KRU Studio juga telah mendapat tempahan untuk sepanjang tahun 2010.

    "Dengan teknologi yang ada, kami mahu menghasilkan produk yang lebih menarik perhatian antarabangsa. Namun, ini bukannya bermaksud meninggalkan kualiti serta elemen tempatan. Kami mahukan produk berkualiti kerana jika hasilnya bagus, penonton luar tidak kisah jika ia dialih suara," ujarnya dengan yakin.

    BUKAN lagi bermimpi, tiga beradik ini telah membuktikan dengan kecekalan semangat, mereka mampu mengotakan segala impian masa lalu.

    Memandangkan KRU Studio akan berpindah sepenuhnya ke Cyberjaya penghujung tahun ini, ramai yang tertanya-tanya dengan status pejabat lama mereka yang terletak di Jelatek, Keramat, Kuala Lumpur.

    "Kami sedang memikirkan sama ada untuk menjual atau menyewa premis itu. Kami membeli bangunan itu pada tahun 1996 tetapi tidak pasti sama ada sekarang adalah masa yang sesuai untuk menjualnya.

    "Kami ada juga fikirkan untuk menjadikan tempat itu sebagai pusat latihan kerana kami mempunyai ramai pelajar sekarang. Buat masa ini, kami ingin mencari jalan terbaik. Jika ada syarikat produksi lain yang ingin beli, itu lebih baik," jelas Norman lagi.

    - Kosmo

    Tag :

    Selamat Pengantin Baru Hasliza & Faizal

    on 26 May 2009



    size : Large
    price : RM2.50/each (*negotiable)
    Delivary :
    Free Delivary To following areas ;
    Shah Alam, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Bangsar Sentul, Gombak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Setapak

    For areas in Klang Valley not listed aboved :
    From RM10.00 depending on location.
    Tag :

    Kod Gitar - Dan Sebenarnya (Yuna)

    on 24 May 2009



    Dan Sebenarnya by Yuna

    Cm Bb x2
    Cm
    Oh bulan

    Bb
    Enggan melayan diriku lagi

    Cm
    Pabila

    Bb
    Air mata membasahi pipi

    Cm
    Dan lagu-lagu di radio

    Dm
    seolah olah memerli aku

    C#m Cm
    Pabila

    Bb
    Kau bersama yang lain

    (Chorus)
    Cm
    Adakah perasaan benci ini

    Dm
    Sebenarnya cinta

    C#m Cm
    Yang masih

    Bb
    Bersemadi untukmu

    Cm
    Dan sebenarnya ku mengharapkan

    Dm
    Disebalik senyumanmu itu

    C#m Cm
    Kau juga

    Bb
    Merindui aku

    Cm
    Ku enggan

    Bb
    Berpura-pura ku bahagia

    Cm
    Ku enggan

    Bb
    Melihat kau bersama si dia

    Cm
    Oh ku akui cemburu

    Dm
    Mula menular dalam diri

    C#m Cm
    Pabila

    Bb
    Kau bersama yang lain

    (ulang chorus)
    Gm Cm
    Pabila kau merenung matanya

    Dm
    Ku rebah

    Cm
    Jatuh ke bumi

    Gm Cm
    Disaat kau benar benar mahu pergi

    Dm Cm
    Seperti ku bernafas dalam air

    (ulang chorus)
    Cm
    Dan sebenarnya

    Dm
    Dan sebenarnya

    Cm Bb
    Aku rindu

    Cm
    Dan sebenarnya

    Dm
    Dan sebenarnya

    Cm Bb
    Aku tak mampu
    Tanpa mu....

    Tag : , ,

    Cupcake Untuk Kekasih Azmi @Tipis

    on 23 May 2009




    Size : Large
    Price : RM2.50/each (*negotiable)
    Delivary :
    Free Delivary To following areas ;
    Shah Alam, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Bangsar Sentul, Gombak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Setapak

    For areas in Klang Valley not listed aboved :
    From RM10.00 depending on location.

    Call/SMS azwan 013-2206109
    Tag : ,

    Rehat Sebentar Untuk Ketawa

    on 21 May 2009

    TaB #1
    Policeman: you can't park your car here.
    Driver: why not?
    Policeman: read the sign!
    Driver: i did, it says, "Fine to Park", so i parked.


    TaB #2
    While he was talking to me, his nurse came in and said, "Doctor, there is a man here who thinks he's Invisible". The Doctor said, "Tell him i can't see him"


    TaB #3
    A man is buying a TV.
    Man: Do you have color TV's?
    Salesman: Sure
    Man: Give me the Green one, please.


    TaB #4
    I remember one time i told my Doctor i had a ringing in my ears. His advice to me, "Don't answer it"


    TaB #5
    A man calls Air Asia.
    Man: How long does it take to fly to Kuching?
    Sales Rep: Just a sec
    Man: Thank you - says the man and hangs up


    TaB #6
    FedEX is expected to joinits major competitor UPS, and become FedUP!


    TaB #7
    The patient says" Give me the bad news first"!
    Doctor replies "You've got AIDS"
    "Oh no,what could be worse than that? ask the patient.
    "You've also got Alzheimer's disease"
    Patient - Oh ... well, that's not so bad. At least i dont have AIDS.


    TaB #8
    Things people actually said in Interview. Word for word.
    Q - What is your date of Birth?
    A - July 15
    Q - What year?
    A - Every year lo..


    TaB #9
    What did one Ghost say to another?
    "Do you believe in People?"

    Idea
    Tag :

    Coldplay releases live album as free download

    on 20 May 2009


    By David J. Prince

    NEW YORK (Billboard) - "LeftRightLeftRightLeft," the free live album that Coldplay is giving away on CD to every fan who attends this summer's "Viva La Vida" tour, is now available as a free download from the band's website.

    The giveaway begins as the band's North American tour kicks off with a Friday night (May 15) show at the Cruzan Amphitheatre in West Palm Beach, Florida.

    "Playing live is what we love," Coldplay said in a statement. "This album is a thank you to our fans -- the people who give us a reason to do it and make it happen."

    The nine-track live album was recorded at various cites during the "Viva La Vida" tour.

    Coldplay's tour wraps with two huge outdoor shows September 18 and 19 at Wembley Stadium in London.

    (Editing by Sheri Linden at Reuters)

    (please visit our entertainment blog via www.reuters.com or on blogs.reuters.com/fanfare/)
    Tag :

    Olang Nizar Punya Pasal Dapat Harga Istimewa

    on 18 May 2009

    Oleh Misbahul Munir

    Semalam saya tukar tayar kereta di kedai tayar Silibin. Saya dilayan macam juga orang lain. Tiba-tiba ada seorang Cina menyapa saya, " lu olang Nizar ka ?". Saya jawab, "mana lu tahu". " ini gambar". Dia tunjuk gambar Hj Nizar yang masih melekat di cermin kereta saya. Saya senyum sahaja.

    Tiba-tiba meluru seorang Cina lain dari dalam kedai, bawa surat khabar Cina, dia tunjuk-tunjuk surat khabar tu pada kawan-kawannya yang lain, dia mendekati saya, " Haji, ini lu punya muka ka?"

    Dia tunjuk surat khabar Cina yang ada gambar saya bersama ADUN-ADUN lain sewaktu sidang bawah pokok 3 Mac yang lalu. Sekali lagi saya senyum. Riuh rendah dengan jeritan, "Kita mesti sokong itu Nizar, Pakatan Rakyat, ini kali kasi tumbang sama BN, itu Jelapang ha, kali ini, mampus la dia, semua orang Cina tak kasi undi sama dia la".
    Saya saja nak tanya, "itu ADUN Jelapang ada balek ka ini kawasan" Apa mereka jawab, balek pun talak guna, semua orang talak peduli sama dia, kalau dia mahu tukar tayar sama saya, saya pun talak mahu bikin, pekan Jelapang, semua kedai tarak jual balang sama dia dan keluarga dia, dia shooping lain tempat, mahu beli bawang pun pergi itu Tesco, semua kedai tarak teriam dia".

    Begitu sekali marahnya pengundi Cina kepada ADUN Hee yang keluar DAP menyokong BN.

    Apa Cina tu kata lagi kat dia, saya tanya sepatah je, tetapi nak tunjuk marah punya pasal, macam-macam dia orang kata pada Hee, " Dapat duit juta-juta pun talak guna, semua rakyat talak suka sama dia, mahu makan kedai pun, olang talak peduli................................. panjang lagi yang dia orang kata kat Hee, maki hamun, mencarut pun ada.

    Kebetulan tak berapa ramai pelanggan, semua pekerja Cina dan India mengerumi saya. Saya nak ganti satu tayar sahaja, tetapi semua pekerja termasuk yang jaga kaunter pun ikut sama buka tayar, angkat tayar, tukar dan pasang skru.

    Saya dapat harga yang istimewa hari tu.


    Tag :

    Majlis Pertunangan Aku

    on 13 May 2009


    Nampaknya seperti sudah sampai serunya untuk aku melangkah ke alam lain. Alam yang aku dengari sebagai alam yang penuh pancaroba dan pancasitara



    Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.
    Tag :

    Malang Tak Berbau

    on 12 May 2009

    Last weekend aku balik kampung. Dah lama tak balik kampung ni. Walaupun tak jauh masih lagi dalam selangor lagi. Tapi perjalanan aku ke kampung mengambil masa 2 jam. So tu yang kadang kala membuatkan aku rasa malas tul nak balik

    Cerita malang bermula, bila hari ahad tu aku bangun awal. Nak kata awal pun tak la awala sangant pun. Kul9 gak aku bangun. Pagi tu bangun awal dengan membawa 1 misi yang mampu membuatkan mak aku berbangga. Lagi pun hari tu kan hari ibu. Aku bangun awal sebab nak meracun rumput tepi2 rumah yang dah tinggi. Aku pun rimas gak tengok rumput ni panjang2

    Macam biasa la, kerja meracun kena memakai pakaian yang sesuai. Aku cadang nak buat 2 raound je. Thats mean 2 tong racun je la pastu selesai. Mesti ada yang antara kornag yang tak pernah tahu, dan tak pernah tengok dan tak pernag try angkat pun tong racun tu. Untuk pengetahuan yang tak tahu apa2. Tong racun tu berat. Beratnya boleh diibaratkan membawa 2 baldi air kat belakang korang.

    Malang tak berbau tu berlaku bila aku nak mulakan 2nd trip. Bila 2 baldi air dah diisikan dalam tong racun tu, aku nak angkat la. Cara nak naikkan tong racun tu macam korang nak pakai beg backpack. Aku naikkan tali sebelah kanan ke bahu aku, dan tiba masa nak naikkan bahu sebelah kiri aku...tak semena2 kaki kira aku tak dapat nak menahan beban tu, so terpusing sikit la lutut aku yang sakit tu. Sakit gila siot..sangat2 sakit. Aku terus terduduk terlepas la tong racun tu jatuh ke bawah.

    Sakitnya memang tak dapat digambarkan, lutut aku cam terpusing. Untuk pengetahuan yang tak tahu. Aku memang dah sakit lutut dan cedera. Ligamen aku munkin koyak. So, bila terjadi ni, bertambah la sakitnya

    Sampai ke arini aku rasa sakit lagi, semalan aku EL
    Tag :

    Bila Berlakunya Perubahan Dalam Hidup

    on 05 May 2009

    Aku baru je abis meating department aku. Meating untuk penempatan baru ke unit2 kecil dalam jabatan aku ni.
    Aku telah ditukarkan ke unit lain.
    Unit yang paling bawah tahap moraliti untuk bekerja. Memang sesapa yang masuk unit ni agak 'bernasib baik' terima keadaan yang lain dari keadaan sediakala dan lazim bagi seorang manusia bekerja.

    Nak kata tak nak pergi pun tak boleh. Mana boleh mengingkari arahan HOD.
    Aku akan cuba je la. Cuba sebaik mungkin apa yang aku boleh lakukan kat sana.

    Kalau tak boleh biar je la apa yang boleh. Sekurang2nya aku dah mencuba dan aku ada di unit tu. Orang lain nak bising2 tu pernah kerja kat situ? So, kalau tak pernah shut up!. Banyak cakap je kurang membuat kerja kurang membantu. So kalau pandai cakap je baik ko jadi penyampai HotFM ke SinarFM ke.

    Munkin blog ini akan cuma sekali sekala je tengok, sbb tanggungjawab di unit tu lebih berat. Banyak hal yang perlu diuruskan dan tempat kerja yang tak selesa langsung.

    Aku jenis orang yang suka mencuba, aku berpegang kepada kalau tak cuba, kita tak tahu. Kalau tak cuba kita tak tahu buruk baiknya sesuatu perkara tu kan

    Boss,
    aku cuba la kat sana

    Kenapa aku ditukarkan? ada 2 perkara je
    sebab aku kerja bagus sangat atau aku kerja kurang bagus dan ditempatkan ke tempat tu. Kalau aku bagus mesti di kekalkan, munkin aku tak cukup bagus, so tu yang dihantar ke sana.

    Ntah la..terima dengan redha
    Tag :
     
    © wandisini.net | All Rights Reserved
    D.I.Y Themes ByBelajar SEO