Ini adalah mee segera dari jepun. Adik aku yang bawak menda ni. So malam ni nak try rasa sambil tengok bola MU vs ARS.
Home > Archives for 8/1/09 - 9/1/09
Testing live blogging #2
on 29 August 2009
Pokok2 pisang yang ada di sekeliling rumah aku. Memberikan ketenangan jiwa dengan pelbagai warna hijau. Hijau bumi tuhan
Testing live blogging
on 28 August 2009
Aku sedang testing satu kaedah baru dlm berblog ni. Live blogging. Kalau cara ini berjaya aku akan jadikn blog ini sebagai moblog.Gambar ini hanyalah sekadar hiasan
Idris Jala Dilantik Menteri

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif MAS dilantik sebagai menteri di JPM. Beliau dilantik sebagai Ketua Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu), sebuah badan baru yang ditubuhkan bagi memantau dan mengawal pelaksanaan inisiatif Indeks Prestasi Utama (KPI) peringkat nasional dan menteri
Perlantikan Idris yang berpengalaman luas dalam bidang koporat diharapkan dapat membantu kerajaan dalam meningkatkan mutu kerja dan pretasi selaras dengan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'
Adakah prestasi kerja kerajaan dan para pegawainya akan meningkat?
Munkin akan ada perubahan yang bakal dibuat demi mencapai indikator yang telah ditetapkan dalam setiap kementerian.
Aku rasa macam tak akan ada perubahan pun pada cara kerja. Munkin akan sama je, kebiasaannya orang2 atasan je yang terlompat2 nak mencapai apa yang dihajatkan oleh setiap menteri, tapi orang bawahan tetap sama juga cara kerjanya. Macam mana tak sama sebab yang banyak buat kerja orang bawahan, kerja yang sedia ada kadangkala tak terlayang nak dibuat. Orang atasan cuma pandai bercakap dan tidak faham situasi di peringkat bawahan
Ibarat sebatang pokok, macam iklan Maybank itu.
yang banyak bergoyang dan senang hidupnya ialah daun2 dan pucuk yang baru. Mendapat cahaya matahari, selesa dengan tiupan angin yang segar. Akar pula perlu bekerja mencari makanan bagi mengukuhkan sebatang pokok. Akar kena bekerja keras.
Source : bharian
Jose Mourinho Salahkan Ramadhan
on 27 August 2009

Jose Mourinho menyalahkan bulan ramadhan atas keputusan seri dalam satu perlawanan Inter Milan ahad lalu. Puncanya, Sulley Muntari salah seorang pemain Inter kurang menyerlah dan mempamerkan aksi yang kurang memuaskan.
Adakah faktor bulan ramadhan menyebabkan pemain kurang mempamerkan aksi yang kurang baik?
munkin ada betulnya juga kan, ye la corak permainan bola kat sana memerlukan fizikal yang kuat. Bila berpuasa ni badan kita ada limit untuk buat sesuatu benda. Pemain bola sepak negara kita pun akan ada perlawanan persahabatan dalam bulan ramadhan ini kalau tak salah aku la. So aku rasa rata2 pemain yang beragama islam dalam skuad negara kita munkin tidak akan berpuasa juga.
Kenyataan Mourinho menyebabkan Presiden Kesatuan Pertubuhan Masyarakat Islam Itali, Mohamed Nour Dachan menyifatkan pengurus Inter Milan itu tersilap cakap.
Bila tak puasa tu, yang penting nanti selepas ramadhan ganti la balik.
Source : bharian.com.my
Pilihan Raya Permatang Pasir
on 26 August 2009

Nampaknya seperti ada suatu petanda yang ingin ditunjukkan rakyat kepada kerajaan yang ada sekarang. Sekali lagi kalah dalam satu pertandingan yang mana boleh menunjukkan sejauh mana keupayaan pemimpin yang ada sekarang. Sekali lagi sebelum pertandingan bermula, semua media digunakan untuk menyokong pihak yang 1 dan menentang dan memburukkan pihak yang satu lagi.
Semalam masa menonton berita waktu perdana, ternanti2 bila keputusan pilihan raya nak keluar. Seperti yang dijangka, bila pihak yang 1 itu kalah, pasti tiada berita yang akan menyiarkan keputusan pilihan raya. Sedangkan keputusan pilihan raya sudah diperoleh jam 7.30 malam lagi.
Kalau anda sedar, banyak muka depan akhbar hari ini yang tidak membuat sebarang liputan pasal kemenangan pihak yang satu lagi di dalam pertandingan itu. Walhal pada masa sebelum bermulanya pertandingan semua berita tertumpu kepada tempat pertandingan dan sentiasa memberikan gambaran yang baik terhadap pihak yang 1.
Perkataan yang sering didengari ialah. Ayat klise.
"Kita dapat rasakan angin perubahan yang bakal melanda"
Angin perubahan apa?Perubahan terhadap pihak yang mana?
Photo : Sinar Harian
Salam Ramadhan
on 22 August 2009
Aku Tak Ada Idea
on 19 August 2009

Aku tak ada idea nak tulis apa dalam blog ni. Memang dah lama blog ini tak berupdate. Rasa macam rugi lak nak dibiarkan je blog ni, disini la bermulanya aku ber blog. Aku tengah fikir nak jadikan blog ni macam mana. Nak jadikan blog ni lebih spesific kepada sesuatu perkara tapi masih lagi buntu memikirkannya





