Sir Alex Ferguson menegaskan ini bukanlah situasi yang membimbangkan setelah Manchester United dikalahkan Newcastle United 3-0. Ini adalah kekalahan kedua dalam masa 2 minggu.
Newcastle mengakhiri rekod 18 perlawanan musim ini tanpa kemenangan dengan menang ke atas United.
United ketinggalan seawal minit ke 33 selepas sepakan volley menarik dari Demba Ba gagal diselamatkan Anders Lindegaard. Gol kedua terhasil dari sepakan percuma menarik dari Yohan Cabaye. Ini adalah perlawanan terakhir Ba sebelum bermain untuk Senegal dalam piala Afrika.
Gol ketiga Newcastle terhasil dari kesilapan Phil Jones pada minit akhir perlawanan apabila tertanduk bola ke dalam gawang united selepas cuba menyelamatkan sepakan penjuru Krul
Pengurus Newcastle Alam Pardew menyifatkan, pesembahan Ba malam tadi adalah sesuatu yang luar biasa.


