Man Utd : Scholes Kembali

on 09 January 2012

Pemain bertaraf lagenda di Old Trafford, Paul Scholes, membuat kemunculan semula dan keluar dari persaraan pada pertemuan setempat Manchester United dan Manchester City dalam perlawanan Piala FA. United menang dengan keputusan 3-2

Pengurus United, Sir Alex Ferguson percaya tiada yang kurang dalam diri Scholes walaupun telah melupakan bola sepak buat seketika.

Khabar angin mengatakan Scholes akan kembali bermain di Old Trafford telah bermula minggu lepas. Dia kelihatan berlatih di padang latihan Carington bersama pasukan simpanan dan juga di gimnasium.

Scholes sendiri telah berjumpa Ferguson dan menyatakan sesalan kerana membuat keputusan untuk bersara. Scholes akan menyertai United dalam jangka masa pendek sehingga ke penghujung musim ini. Dengan kembali Scholes dalam pasukan utama, ianya sedikit sebanyak dapat membantu bahagian tengah yang mempunyai ramai pemain yang cedera.

Diharapkan Scholes tidak akan mengutip sebarang kad merah dengan bentesan yang keras darinya.
 
© wandisini.net | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO