Kelab yang dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia, Queens Park Rangers (QPR) akan menggunakan khidmat penyerang Manchester United Federico Macheda secara pinjaman sehingga penghujung musim ini.
Penyerang berusia 20 tahun dari Itali itu kecewa dengan kedudukan tempatnya di dalam pasukan utama United. Dengan pilihan pemain penyerang yang ramai ianya menyukarkan Macheda untuk menjadi pemain utama United. Kini United telah mempunyai Rooney, Welbeck, Berbatov, Chicharito dan Owen.
Musim lepas, Macheda juga telah dipinjamkan ke Sampdoria dari liga Serie A Itali.
Macheda juga mendedahkan, dia sebenarnya telah mendapat nasihat dari Rio Ferdinand untuk menyertai kelab di Loftus Road itu. Adik Ferdinand, Anton Ferdinand turut bermain di QPR.
Pengurus QPR, Neil Warnock percaya ini adalah satu perjanjian yang baik bagi kedua-dua pihak. Macheda kurang mendapat tempat di dalam kesebelasan utama United. Tapi ianya tidak pelik kerana United mempunyai barisan serangan yang terbaik. Ramai yang cemburu dengan pemain yang dimiliki oleh Alex Ferguson. Warnock juga percaya, Macheda masih lagi dalam rancangan masa depan Ferguson.


