Wenger : Henry Masih Berbisa

on 10 January 2012

Percaturan Arsene Wenger menandatangani Thierry Henry semula secara pinjaman jangka pendek nampak seperti membuahkan hasil.

Penyerang hebat yang pernah menjulang beberapa piala bersama Arsenal itu membuat kemunculan semula bersama The Gunners, menjaringkan 1 gol ketika menewaskan Leeds dalam pertemuan Piala FA pusingan keempat.

Henry yang masuk ke padang pada separuh masa kedua, menjaringkan gol selepas 10 minit bermain. Menerima hantaran lintang dari Alex Song, seterusnya merembat ke gawang Leeds dengan tenang menewaskan Andy Lonergan.

Arsene Wenger menyatakan, Henry masih lagi seorang penyerang yang berbisa seperti dulu. Fizikal yang baik dan penyudah yang tajam. Kehadirannya sangat baik, secara tidak langsung memberikan motivasi kepada pemain muda untuk cemerlang seperti dirinya.
 
© wandisini.net | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO