Pintu perpindahan untuk bulan Januari telah dibuka. Banyak pasukan yang cuba mendapatkan pemain baru bagi memantapkan pasukan mereka.
Wolverhampton telah berjaya mendapatkan pemain muda Arsenal, Emmanuel Frimpong secara pinjaman sehingga penghujung musim ini. Pemain tengah berusia 19 tahun itu telah menjalani ujian kesihatan di Comton dan pengumuman rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat.
Frimpong telah membuat 14 kali penampilan dalam musim ini bersama the Gunners. Sebelum ini dia juga dikaitkan dengan perpindahan ke Villa, QPR dan Fulham. Ramai yang masih mengingati insiden antaranya dengan Samir Nasri semasa perlawanan diantara Arsenal dan Manchester City.
Kehadiran Frimpong dapat membantu Wolves yang kehilangan khidmat Jamie O'Hara dan Nenad Milijas yang cedera dan digantung perlawanan.